Sunday 6 January 2013

Kerana Kami Perhatin...Bukan Menyibuk!

KETIKA berbual kosong dengan jiran2 di tepi padang semalam, kami membangkitkan perihal jiran kami yg ada 5 orang anak. Bukan....kami bukan nak mengumpat hal rumahtangga orang, 'concern' sebenarnya dengan keadaan anak2 mereka.

     Jiran kami ini, kedua-duanya bekerja...3 anaknya sudah bersekolah dan 2 lagi berumur 4 dan 2 tahun..dijaga oleh baby sitter yg juga jiran berdekatan. 

     Baby sitter ini pernah mengadu, dia diberi upah ikut suka hati ibubapa budak2 tu...agak terkejut mendengar jumlah yg diberi, lebih2 lagi anak2 yg lain juga akan ke rumahnya selepas waktu sekolah hingga ibubapa mereka pulang dari bekerja! Mungkin kerana jiran ni memang memerlukan wang..jadi dia tidak bersuara.

     Apa yg kami bangkitkan semalam tentang anak2 ini yg sentiasa berkeliaran tanpa awasan terutama ketika cuti sekolah. Mungkin untuk menjimatkan wang, si kakak yg berumur 10 tahun diberi tanggungjawab menjaga adik2 ketika cuti sekolah.

      Si kakak inilah yg menguruskan rumah dan memasak. Apalah yg dapat dimasak oleh gadis seusia itu...nasi dan telur goreng! Dia juga tidak dapat mengawal adik2 yg agak nakal, terutama adik lelakinya yg berumur 8 tahun. 

     Anak ini diceritakan akan merayau-rayau ke rumah jiran tidak kira masa. Tentu menjengkelkan jika dia bertandang ke rumah hingga terpaksa diminta pulang...jika tidak dia akan berlama-lama di rumah kita.

      Kadang2 anak2 ini akan ke rumah jiran meminta makanan! Terkejut seorang jiran melihat anak yg berumur 4 tahun(yg kami panggil yaya)  makan biskut kering yg diberi dan memuji kesedapan biskut itu!...MasyaAllah...getusnya, tidak ada makanan kah di rumah mereka (mereka bukan orang susah!)

     Semalam, seorang jiran terserempak yaya merayau-rayau di padang berhampiran pada pukul 8 malam. Biar betul!, katanya. Yaya juga suka bermain buaian ketika tengahari rembang! Pada kami, banyak perkara buruk boleh berlaku terhadap anak2 ini., apatah lagi kejiranan kami memang ramai warga asing.

      Ada juga yg bercerita, si bu sebenarnya tidak suka ada ramai anak...mungkin kerana dia sendiri hanya ada seorang kakak, dia merasa lemas dan rimas dgn anak2. Lalu ada yg bertanya...kenapa beranak ramai?...dan ada yg menjawab...kerana suaminya melarangnya menggunakan kaedah 'family planning'!

     Sedih juga melihat keadaan anak2 ini. Siibu pulang dari kerja, tapi langsung tidak menghiraukan anak2 yg sudah seharian ditinggalkan. Anak2nya yg kecil dibiarkan saja bermain dipadang tanpa pengawasan. Anaknya yg berumur 4 tahun sering memanjat-manjat tapi bila ditegur, dia buat tidak tahu...ngeri melihatnya! Kadang2 si ibu dilihat keluar semula selepas pulang bekerja..ke mana?Tidak pula kami ambil tahu.

     Kami juga pelik, kenapa si suami tidak kisah dgn perangai si isteri. Mungkin si isteri telah memberi syarat...dia bersetuju mengandung dan beranak, tapi bukan menjaga mereka!...mungkin? Percaya tak, dia sebenarnya pernah mengandung selepas habis pantang anak yg kini berumur 2 tahun..tapi keguguran.Kami hanya menggeleng kepala.

    Hmmm...sebenarnya kalau nak bercerita tentang keluarga ni memang tak habis satu hari. Kami jiran2 bukan nak menjaga hal rumahtangga mereke atau nak mengaibkan mereka....satu saja kami harap...tidak akan ada perkara2 buruk yg berlaku pada anak2 itu...semoga mereka sentiasa di dalam lindungan Allah!

     Kepada teman semua, jagalah anak kita dengan baik. Mereka amanah dari Allah. Kalau sudah terjadi sesuatu yg buruk dan baru hendak menyesal, memang tidak berguna. Jangan anggap dgn membiarkan saja mereka, mereka akan lebih cepat berdikari, berani dan tahan lasak...itulah kata bapa anak2 itu. Teman2 setuju?

Salam semanis coklat,


     

     

23 comments :

Anonymous said...

semuga ibubapa mereka menghargai anugerah yang diberi dan menjaga mereka dengan penuh tanggungjawab. semuga anak-anak itu terpelihara dari bahaya. adakah undang-undang yang boleh melindungi anak-anak ini dari terbiar?

kurus said...

aduhh risau saya baca kisah yg akak tulis disini ... letih dan pelik kenapa mak ayah mereka jadi begitu .. kalau dah x suke anak ramai , kenapa ngandung .. susah senang bukan org lain tanggung , kan diri sendiri yg tanggung !

dah tuu kita yg duk dekat2 memang akan perihatin nak2 libatkan anak2 yg masih kecil , x kan kita nak main senyapkan diri , bila dah ada perkara buruk berlaku pastinya kita juga yg sedih kan ..
sedih sbb budak2 tuu bukan krn mak dan ayah mereka ! ...

hurmmm rasanya kak , perlu bercakap dengan mak dan ayah mereka , jgn biarkan anak2 mereka jadi mangsa , kalau x kena gaya , susah kan kita juga .. kesian kat bdudak2 tuu .. kita mudah kesian kan kak ..
x nak jadi jiran yg x bertanggungjawab .. huuu

saya lak emosi ..eh memang emosi lah bila baca kisha nie !

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Izan.Ni la bahayanya klu kedua ibubapa brkerja.TP klu isteri xmembantu suami dgn brkerja..pendapatan seisi rumah tak mengcukupi pula.
Tp yg biasa jd mnagasa anak2 la..syian lak atie bc kisah anak2 jiran izan tu..trbiar tanpa pengawasan kedua ibubapa mereka.
Jika mereka ibubapa yg brtanggungjwp..septtnya mereka diletakkan dinursery/ diletakkan dirumah penjaga.Jgn la byran yg diberi tidak setimpal dgn apa yg penjaga lakukn.Kena la brtimbangrasa.
Sebagai jiran..kita nk menegur pon..takut disalahertikn pulak!Cuma atie mmg sgt kasihan dgn anak2 pasangan tu:(

ieja amieja said...

assalam..
lamanya x singgah cni..
meremang bulu roma sy baca kisah ank2 ni..sedih pun ada dgn nsb mereka..
byk perkara buruk berlaku kat luar sana..sekejapan je ditinggalkan si ibu..ank dah hilang..apatah lg nsb ank2 ni yg x de pemantauan dr keluarga sndiri..semoga ALLAH melindungi mereka..

Umialya said...

kita ambil yang positif dulu, cuba bincang & dapatkan maklumbalas kedua ibubapa anak2 itu, mungkin ada sebabnya, jika tiada jalan penyelesaian barulah kita cari jalan keluar.

kadang2 org tak suka kita ambil tahu kisah2 peribadi mereka, hurmmmm..

Unknown said...

Mcm tu lah kak, org mudah dapat zuriat tk menghargai. Cuba Tgk pasangan yg susah nk dapat zuriat, Mcm2 cara, beribu2 Duit berubat ke sna ke mari. Semoga anak2 tersebut d bwh lindungan Allah. mungkin si ibu kurang ilmu @ akal. kita tk bole nk menghukum n menilai dengan mudah..wallahualam.

kurus said...

kak kalau ada rukun tetangga , cuba bincang dengan AJK ..jawatankuasa mgkin boleh tolong ...
bila kita mengadu akan hal nie .. insyaallah mana tahu AJK akan ajak parents nie berbincang ..
kalau masih x der kesan , mgkin akk dan AJK bleh fikir cara lain ..

kita bukan nak nyibuk , tapi prihatin demi anak2 dia .. memang ada parents yg x suke kita ambil tahu hal mereka ..tetapi bila melibatkan masyarakat tetangga ,off course kita kena ambil tahu !

dah kalau anak2 dia merayau kerumah2 jiran .. tu dah melibatkan ketenteraman jiran kan .. ;)

citarasa rinduan said...

yalah..
mmg pelik sgt perangai si isteri tu..

depa kn jumpa konselor u sattlekan mslh y melanda..

karang anak2 kn colek. time tu br nak terhegeh2 masuk surat khabar kata anak hilang

maszull said...

assalamualaikum ....kenapa ada juga ibubapa yang berperangai begini...kesian anak2 mereka dibiarkan begitu...:)

Ibu n Abah said...

Aduhai...
Mcm tu pulak bela anak Jika nak bg anak cepat matang dan berdikari...
Nak membunuh namanya tu...
Tak faham lansung apalah dlm hati kedua ibu bapa mereka tu....
Sampaikan anak2 minta makan dgn org....
Tu baru satu...
Biarkan anak kecil merayap luar rumah?
Kot jd mcm kes nur jazlin tu?

Azian Elias said...

assalamm...


emmm... teruknya keluarga tu.. haru lah kalau mak pak jadi cam tu.. yang kasihan anak2 lah kann.. semoga ALLAH bagi hidaya pada mak pak ni... takut nanti bila sesuatu yg buruk berlaku baru depa sedar. masa tu dah tak guna..

suri solehah said...

alahai..sedih pulak baca kisah ni..kesian ngan anak2 terutama yang 4 tahun tu...saya jugak ibu beranak lima..tapi rasanya tak sanggup nak biarkan anak2 dijaga oleh abang/kakak mereka..biar sentiasa ada depan mata..nak bagi pandangan pun tak tahu macamana..munkin jiran yg perihatin boleh tolong2 pelawa makan kalau masa makan kan...anggaplah bersedekah...

Ena's Stories said...

macam tak sayang anak2 je mak bapak dia tuh...kesian kat anak2 dia macam da takde hala tuju jer...tak kan nak harap simpati orang pulak padahal mak bapak dia sehat walafiat...

Unknown said...

kesiannya kat budak2 tu...

Unknown said...

kesiannya kat budak2 tu...

Si Matatajam said...

Kesian pada anak2 yg terbiar camtu..

yan's cottage said...

sedih dengar kisah budak2 nie...sebai ibu bapa kena awasi anak2 takut macam2 pernah terjadi tersiar kat surat khabar kalau yan anak2 hanya di benarkan keluar selepas asar je...tu pun atas pengawasan yan atau suami...

haryati said...

bahaya anak tanpa penjagaan yg sempurna, yati sendiri pun tak penah biarkan anak main sorang2 kat luar..macam2 perkara bley berlaku...

Nisah Idham said...

sesekali bersembang lah dgn si ibu..
mingkin die perlu org nasihatkan beliau.. dan mungkin die tidak pedulikan anak tu sbb die senang mempunyai zuriat kot..

jika ada surau di kawasan umah akak, bahawakan lah hal ini .. mungkin sedikit sebanyak ada nasihat yang boleh di sampaikan..

bersama-sama lah kita berdoa semoga si ibu tersedar kesilapan beliau..

Mrs Velentine said...

YA Allah sampai begitu sekali diabaikan anak2...anak2 ni anugerah Tuhan..kita kena jaga elok2

fieda said...

alahai...susah hati juga ni kalau dapat jiran cenggini sbb kita yg ari2 memandang...kalau ada perkara buruk berlaku nanti barulah nk menyesal tak sudah..

OKje said...

Kakak sulung umur 10 tahun tu sebaya ngan umur anak bongsu okje...
anak okje goreng telur pun takut!

Tulah kadang-kadang KZ... anak yg dibiarkan tanpa pengawasan selalunya selamat dan kebal...jarang le nak kena demam ke apa..tapi yg memang dijaga bagai ni ...sensitif pulakkan..

Kalau dah 2 bekerja mmg anak tak sempat nak tengokkan KZ... syukur kita berpeluang menjaga zuriat kita....

Si Matatajam said...

Singgah lagi