Saturday 5 January 2013

10 Strange Fruits Around The World


KZ amat tertarik ketika membaca artikel dari smashinglists.com ni. Rupanya buah-buahan dari negara kita antara buah-buah yg pelik di dunia.

10. Passion Fruit


Passin fruit atau buah delima sebenarnya berasal dari Amerika Selatan. Sebenarnya buah ini ada 2 jenis, satu dikatakan beracun dan satu lagi yg selalu dibuat jus.

9. Star fruit aka Carambola

Buah belimbing banyak terdapat di negara sebelah sini. Belimbing besi merupakan jenis yg enak di makan kerana rasanya yg manis dan sesuai dibuat jus.

8. Mangosteen

Buah yg berbeza kulit dan isi. Kaya dengan antioksida dap sekarang para saintis percaya buah ini mampu mengubati banyak penyakit merbahaya. Dewasa ini banyak produk dihasilkan dari buah ini.

7. Durian aka The King of fruits

Orang 'putih' menyamakan bau buah ini seperti bau stokin busuk! Kerana buanya yg extreme, buah ini di'haramkan' memasuki hotel dan beberapa premis lain! Mereka juga melebalkan si durian ini mempunyai rasa jelek. Itu lidah mereka kan...yg penting ini buah yg AWESOME.

6. Dragon Fruit

Juga di panggil buah pitaya. Berasal dari Mexico. Dari keluarga kaktus. rasanya manis. Antara buah yg KZ tidak berapa gemar! Bunganya juga boleh dimakan mentah.

5. African cucumber aka Kiwano

Timun yg terdapat di Afrika. SEperti timun yg lain, ia berair dan rasanya dikatakan sedikit masin.Selalunya digunakan untuk menghias makanan.T

. Ackee

Nampak pelik kan buah ni. Merupakan buah kebangsaan negara Jamaica.

3. Buddha’s Hand

 
Buah ni nampak menakutkan. Rasanya dikatakan seperti limau.Boleh didapati di China dan India. digunakan sebagai perasa dlm masakan ikan dan sebagai pewangi rumah.

2. Tamarillo

Dari keluarga tomato. Tumbuh di Ecuador, Peru dan Colombia. Rasanya seperti buah delima dan selalu dibuat jus atau digunakan dlm penyediaan sos. Juga dijadikan pengawet makanan kerana kandungan peptin yg tinggi.

1. Custard Apple

Juga dipanggil bull's heart.. TErdapat di Taiwan, India dan Afrika serta di beberapa negara tropika. Rasanya manis dan enak seperti rasa kastard.
http://www.smashinglists.com/

Salam semanis coklat,




13 comments :

Umialya said...

sedapnya manggis, durian & buah naga

insan marhaen said...

Masa IM bawa ibu berjalan-jalan di Kelantan, ada satu hotel tu letak papan tanda melarang bawa masuk durian kat pintu lif.

Pandangan yang pertama kali dan tak jumpa lagi di hotel lain selepas itu...

Kakzakie Purvit said...

Custard Apple tu kakak panggil buah nona. Tak sangka kan banyak yg dikatakan aneh ada di tempat kita.

Nisah Idham said...

Dalam banyak2 buah..
Buah durian lah paling feberet nisah !!. tak kisah lah bau stokin ke ? yg penting di mulut nisah tetap sedap.

hnahdy said...

selepas buah naga, hana xpernah tengok dah.hehe kecuali buah nona pic last skali.. sedap

ANIM said...

tak sangka buah delima jatuh no.1

OKje said...

Yg bawah sekali tu mcm buah nonalah KZ...
Dh lama tak makan buah nona....dulu masa kecik rumah atok ada buah nona.... so mmg selalu makan...sekarang ni jarang dh nampak!

Byk buah yg okje tak pernah jumpa....

Hidayat Master said...

No 5 Ackee tu macam biji mata terjojol la pulak..hu2..
Buah nona tu omputih panggil custrd apple ekk..baru tau.

Kamsiah yusoff said...

akak sgt2 suka buah naga hehe..tp harganya mmg mahal...sebiji tu sekali hadap je

Elfirah LOng said...

salam, akak good info pasal buahan...boleh tak akak dapatkan info pasal buah "OREN MERAH" sy x pasti ejaan nama scientifiknya....

Unknown said...

salam..buah budha tu mmg Sgt pelik. Hehehe

fieda said...

yg last tu buah nona kan..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

pernah mkn delima sekali,,heheh sedap=)

yg buddhas hand tu menyeramkan jek kak zan