Tuesday 25 December 2012

Restoran Terapung Nelayan Ujong Batu

SELEPAS mission BTS selesai kami ke mari untuk menjamu selera. Restoran ni terletak di Bagan Dalam, Butterworth. Restoran ini di bina diatas tebing sungai (tak pasti sungai apa) yg juga merupakan susur keluar masuk bot nelayan ke laut. Tapi ketika kami sampai...airnya surut so pemandangannya tidak berapa menyelerakan.


     Bila tengok bot2 nelayan yg ditambat di sisi restoran, boleh agak hasil laut dari laut terus di bawa ke dapur restoran. Memang fresh!

     Menu yg paling hot dan popular tentulah bawal goreng dan sambal kicapnya. Rasa ikan bawal tu memang lain dengan yg kita beli kat pasar tu...memang sedap!

 Menu yg encik suami pilih memeng simple...ikan bawal goreng, kari bendi, ulam dan sambal belacan..tapi awesome!! KZ malu nak snap lauk pauk yg disajikan..ramai orang! snap atas meja sendiri je.



Ujong Batu juga terletak di bawah 
Lingkaran Luar Butterworth...itu bukan Penang Bridge ya..

    Restoran ni memang ramai pengunjungnya. Nasib baik ketika sampai 'lunch hour' hampir tamat, jadi ramai pelanggan yg sudah mahu beredar. Kalau nak ke sini, tanya orang tempatan ya, kerana kedudukannya yg agak jauh dari jalan besar, di perkampungan nelayan atas air. KZ tak snap kampung nelayan tu sebab viewnya tidak berapa enak mata memandang!

Salam semanis coklat,



8 comments :

OKje said...

Kalau dah area Utara...memang tak sah kalau tak de karikan...KZ....he..he... walaupun simple tapi memang nampak menyelerakan ...

Tempat ni mengingatkan OKje kat Umbai Melaka, cuma speciality masakannya adalah seafood yang dibakar

Anak Kz yg kecik tu berapa umur?

Kasih Salina said...

salam kak..cantik juga tempat ni..ala-ala kuala perlis pun ada..mesti best makan kat sini dgn angin laut..pasti berselera lagi..

insan marhaen said...

Hem.. satu hari nanti IM nak singgah bawa ibu_suri makan tengahari.

Sayangnya, ibu_suri tak minat makan ikan bawal!

Nisah Idham said...

menu2 tu kak,memang kena dengan tekak Nisah ni.. adoi laaa dapat tengok je :)

Mrs Velentine said...

nyum2...menu yg sedap

Unknown said...

Sedap nye ikan bawal goreng tu kak... terliuqqqq!

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

hehehe sedapnya bawal goreng tu,,lauk nmpak simple tp betul2 menyelerakan ni

Anonymous said...

Masa operasi dia mcm mna...setiap hari or..ade hari2 tertentu saja