Tuesday, 25 December 2012

Dia Dijemput Oleh Kekasih Abadi...

LEBIH kurang pukul 12.30 tengahari encik suami dihubungi oleh abang Ramli dari Negeri Sembilan, Epit semakin nazak. Kira-kira 5 minit kemudian, anak sulungnya, Fahriz memberitahu, Epit telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kembalilah dia ke sisiNya setelah 2 tahun bertarung dengan kanser paru-paru.

      Arwah akan disemadikan di kampungnya, Bahau , selepas Asar nanti. Encik suami kemudian sibuk menelefon adik-beradiknya untuk bertanya apa rancangan mereka.(Emak Epit merupakan kakak no 3 dari 8 adik-beradik en. suami).

     Abang Nazri akan berangkat ke sana seberapa segera. Dia akan membawa MIL KZ yg juga uzur akibat stroke. Entahlah sama ada mereka sempat melihat jenazah Epit buat kali terakhir. Perjalanan dari Ipoh ke Bahau mengambil masa 5 jam (tanpa jem!)

      Rosli mungkin akan follow abang Nazri. Azizi (si bongsu) mungkin memulakan perjalanan malam nanti. Kami sekeluarga bercadang untuk menziarahi Kak Ani Khamis ini.
Shikin yg menunggu masa untuk melahirkan anak ke dua hanya mampu berkirim salam.

     Kepada yg baru follow KZ, entri tentang Epit ada di sini dan sini. Sedih juga kerana tidak dapat mengiringi sepupu anak-anak KZ tu dalam perjalanan terakhirnya. KZ hanya mampu mengirim fatihah untuk arwah.

Inilah keluarga arwah Epit (Firdaus). Abang Ramli Dan Kak Ani duduk bersama si bongsu,Faqeha. Dari kiri Fakharudin, Fazli, Arwah Epit, Nur Fahriz (Along), Atikah (Alang) dan Hafizah.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...kenangan bersamanya akan abadi di ingatan keluarganya dan teman-temannya.

Salam semanis coklat,
ke



23 comments :

Nisah Idham said...

Salam Takziah buat keluarga beliau, semoga arwah di tempatkan di dalam golongan org2 Soleh. Al-Fatihah..

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...

Nadia Johari said...

..salam takziah kepada keluarga arwah..mari sme2 sedekahkan al-fatihah

insan marhaen said...

redhakan yang pergi. peringatan buat kita yang masih di sini...

nurbijen said...

salam takziah buat keluarga arwah.. al fatihah

Salmi said...

Salam takziah buat keluarga arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan para solehin.

Unknown said...

salam takziah kak

Unknown said...

salam takzaih dr Alycia...
al-fatihah..

BERT said...

takziah kak.. Al-fatihah untuk si arwahh

Unknown said...

salam takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Unknown said...

mungkin tuhan lebih sayangkan arwah...diharap keluarganya dapat menerima ujian ini dgn tabah...

AlFatihah buat arwah...

ANIM said...

takziah buat keluarga arwah. semoga allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh..
al fatihah

OKje said...

Al-fatehah until arwah...

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

salam takziah ..Allah lebih sayangkan arwah semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 beriman Amen..

wakgelas said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat epit

Unknown said...

takziah buat akak sekeluarga..semoga roh arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman..

kurus said...

al fatihah ..
dlm gambar nie dah nampak arwah macam x sihat kan kak

semoga roh arwah tenang disana .. aminnn

lelamaisara said...

alfatihah..salam takziah...

lelamaisara said...

sesungguhnye mati itu benar..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

Mrs Velentine said...

salam tak ziah..al-fatihah

Unknown said...

salam takziah bt keluarga arwah..

haryati said...

salam takziah!
Al Fatihah tuk arwah

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

salam takziah utk keluarga beliau,,kpd Dia kite dtg, kpd Dia jugak kite kembali,,moge arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman,alfatihah