Sunday 23 December 2012

Mak cik Tak Minat K-Pop!!

 pinjam kat encik google. Entah apa maksudnya kena tanya bloggers k-pop!!


JUMAAT lepas KZ ada join satu segmen menambah follower...seronok juga..meningkatlah sikit jumlah follower Semanis coklat ni...semoga mereka akan jengah lagi blog KZ, bukan sekadar menambah follower, lepas tu sepi tanpa berita.

     Rasanya....inilah segmen menambah follower yg terakhir KZ join. Kenapa?? Sebabnya...bloggers yg suka join segmen macam ni, muda2 belia belaka, pangkat anak2 KZ..hehehe...malu pulak KZ nak follow blog yg rata2 berimej    
K-Pop! Dari nama blog, pic header dan pic empunya blog dan mp3 yg dimainkan....K-Pop belaka! 

     Entri blogger2 remaja ni, KZ tak reti nak layan...kecuali entri resepi..hahahaha...macam mana KZ nak komen, kalau nak membaca entri dia orang yg penuh slanga dan shortform tu, KZ rasa macam KZ di dunia lain...tak faham mak cik ni nak ooiii....

    Kalau yg pompuan tu siap tulisan pun warna pink...pink muda..dengan background cerah...mak cik ni dah le rabun..macam mana nak membacanya!!

      Lepas ni, kalau bloggers yg sewaktu dengan KZ buat segmen menambah follower baru KZ join. Memang KZ dah tobat nak join kalau anak-anak yg buat segmen tu. Jangan marah ye anak2...memang mak cik ni tak reti K-pop K-pop ni..hahahahahahaha....

Salam semanis coklat,

8 comments :

amirul hakim said...

hehe. kelakar la cik.tapi tu lah anak muda sekarang ni semua minat benda2 macam gini. tapi blog saya kadang2 ada gak shotform. saya follow blog cik eh ;)

Unknown said...

salam Izan..
betul tu kak noor pun tk minat K-pop segala tu, tu semua utk orang muda belia, kita ni dah separuh abad haha tak tau lah Izan akak dah setengha minat dah lain yg suka sangat memasakkkk je hehee

ANIM said...

kadang2 dah sah2 depa ni boleh dipanggil anak, depa boleh panggil kita awak..awak..heee..

p/s semanis coklat dah ada dlm bloglist saya

Salmi said...

Betul tu Zan.. Dah tak join segmen drp anak2 K-Pop ni tapi kalau diorang jengah blog saya & nak jadi friend takde salahnya..

insan marhaen said...

Bagi IM, follower blog IM biarlah datang sendiri kerana suka dengan blog IM.

IM juga segan sebab ramai follower IM muda sangat dari IM dan kebanyakannya perempuan.

IM sedang cari bloggers lelaki dan yang seusia IM.

Ada cadangan?

uncle gedek said...

uncle tak suka k-pop... tapi jeling jugak tegok betis-betis panjang diorang tu....

haha

Cikgu Ma said...

hehehe...jgn kan akak, saya pun sebenarnya kurang gemar entry berbuanga2 k-pop ni....

Unknown said...

hehe betul tu kak zan...kdg2 blog "Kpop" ni sama je penampilan nya...sampai keliru kita dibuatnya...tapi dari sudut positif baguslah sebab budak2 sekolah sekarang dah celik IT...