Sunday, 2 December 2012

Acara Menambah Berat Badan!

PETANG tadi KZ pergi ke Penaga, menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kepada biras KZ. Isteri biras KZ ni kakak suami KZ. Mereka empat beranak singgah ke rumah KZ dan kemudian mengajak kami sekeluarga memeriahkan rombongan pengantin.

     Rombongan pengantin dari Negeri Sembilan bertanggak di sebuah homestay di Bertam. Orang sekarang memang pandai, beli rumah dan buat homestay.Dari Bertam kami bergerak ke Penaga (Parlimen Kepala Batas) kira2 pukul 12. 

     Hampir jam 12.30 kami tiba di rumah pengantin lelaki. Meriah sungguh sambutan orang sana. Menunya, nasi dhal, nasi tomato (khas untuk rombongan pengantin), ayam goreng, daging kurma (sedap!), kari dalca, jelatah dan menu khas..ayam masak tomato dan udang masak merah..udangnya saiz xxxL!! Tapi KZ malu pulak nak snap gambor lauk pauk tu...

     Desertnya..kuih lapis, seri muka dan bubur jagung serta teh tarik, tapi KZ dah tak mampu nak mengisi lagi...perghhh..kenyang betul! (rupa kakak pengantin lelaki iras Dr Mashitah Ibrahim versi muda..sweettt dan tanpa make up!) dan gift door untk kami memang meriah!

     Tapi kesian Kak Ani (kakak ipar KZ)..dia tiba2 tidak berasa sihat..pening kepala katanya. Setelah di beri ubat, kak Ani berehat di dalam kereta. Ingatkan Kak Ani terlebih makan daging, tapi katanya kesihatannya tidak berapa bagus sejak terpaksa menjaga anak bujangnya yg menderita kanser..ceritanya di entri ini.

     Kak Ani menolak pelawaan kami untuk berehat dan menyegarkan diri di rumah kami. Mereka perlu bergegas ke KL untuk menghantar anaknya kembali ke kolej di Damansara dan kemudian Kak Ani harus menjengah Epit di hospital KL. Keadaan Epit semakin meruncing..separuh badannya sudah lumpuh. Kami hanya mampu mendoakan yg terbaik untuk Epit.

     Sampai di rumah jam 2.30..letihhh..mandi, solat Zohor dan terus zzzzzzzzzz..

Salam semanis coklat,


     

5 comments :

Nisah Idham said...

kak zan..
berkenduri sakan akak ye.. walaopun akak malu malu nak snap gambo hidangan tu, tp nisah ttp mampu membayangkannya..

>> Nasi Dhal ?? tak pernah pulak nisah dengar..

aTieYusof Family said...

Best nya dpt makan sedap2..
Takpe kak.. makan dulu nti br fikir diet...hehe..
tapi sedih plak baca citer Kak Ani tu..:(

Kesuma Angsana said...

he he standardlah tu!

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

wah semua sedap2 belaka,hehehe dah terliur gak ni walaupun xdek gambar kak zan,haha teruknye saye

Si Matatajam said...

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Kak Ani dan keluarganya