Saturday, 3 November 2012

Seorang Perempuan, Isteri dan Ibu..

TERSEREMPAK dengan seorang wanita di kedai roti canai pagi tadi. Imej wanita itu masih menghantui KZ hingga petang ini.
     Siapa dia?
     Siapa ibu bapanya?
     Siapa suaminya?
     Di mana rumahnya?
     Adakah dia bekerja atau berstatus suri rumah sepenuh   
     masa?
     Di mana agaknya dia pernah bersekolah?
Memang banyak sebenarnya persoalan yg bermain di fikiran KZ. 
     Ketika KZ sampai di situ dan memesan roti canai untuk dibungkus, wanita itu bersama seorang budak lelaki dalam lingkungan 4 tahun sudah mahu beredar. Wajahnya tidak berapa mesra. Ketika KZ memandangnya, dia buat bodoh jer atau dia memang tidak perasan kerlingan (manja) KZ. Selama hampir 2 tahun berpindah ke sini, rasanya ini kali pertama KZ nampak perempuan ini. Masih muda..mungkin 5 tahun lebih muda dari KZ.
     Apa istimewanya perempuan itu maka sampai sekarang KZ teringat-ringat imejnya? Sebenarnya, bila pertama kali KZ terpandang dia, KZ tertanya-tanya siapa suaminya? KZ mengandaikan dia sudah bersuami kerana dia bersama seorang budak lelaki. Sang suami?..tidak kelihatan.
      ASTAQFIRULLAH.....itulah yg mampu terdetik di hati KZ ketika memandangnya. Perempuan itu elok bertudung..t-shirt lengan pendek.......tetapi yg paling membuat mata KZ membulat....bahagian bawah...dia berseluar ketat, melekat didagingnya yg montok! Yang paling membuat KZ tidak tahan ianya juga jarang dan KZ boleh lihat warna seluar dalamnya (cuba teka warnanya?..awwww) kerana kepanjangan baju t nya tidak mampu menutup bahagian bon*** dengan jayanya.
    Namun KZ agak bersyukur kerana ketika itu pelanggan kaum Adam tidak ramai..selalunya di awal pagi ramai pekerja UEM (kontraktor jambatan kedua PP) minum di situ. Jika tidak tentu ramai yg dapat menjamu mata...adusssss.
     KZ tetap menuduh suaminya yg bertanggung jawab, tidak menegur cara pemakaian si isteri! Walaupun mungkin pagi itu si suami tidak tahu si isteri keluar dengan pakaian sebegitu, KZ rasa seluar ketat melekat itu bukan kali pertama dipakainya (?) atau mungkin  ketika membelinya si suami mengizinkannya. Atau mungkin ada yg menegurnya tapi dia jawab...eleh...kubuq lain2 lah...Atau memang tidak ada yg berani menegur bahawa kenipisan seluar itu mampu menonjolkan apa yg sepatutnya adalah rahsia. Atau sememangnya dia tidak tahu, dia tidak sepatutnya keluar rumah dengan pakaian itu. Atau...atau..atau..ahhhhh..kenapa pulak KZ yg tension!!!..kerana..adakah KZ sama berdosa kerana tidak menegurnya...huh..gila..nak teguq orang tak kenai pepagi hari..mau ada yg tak sempat makan roti canai sebab dah dapat makan pelempang!!!!

Salam semanis coklat,

4 comments :

ummuaidan said...

salam kak zan....
mcm mana kalau kak zan buat kawan ngan pompuan tuh,buat baik2 then slowly nasehatkan diri,..mana tau blh berubahkan...:)

ummuaidan said...

salam kak zan....
mcm mana kalau kak zan buat kawan ngan pompuan tuh,buat baik2 then slowly nasehatkan diri,..mana tau blh berubahkan...:)

Wak Gelas™ said...

wak pon teringin nk tengok gambarnye kalo mak izan ado.. uuHUuu

Tihara said...

as salam

kdang2 baju lengan dah panjang..tudung pulak sekerat..masih byk yg perlu diperbaiki..takpe slow2 nanti dia sedar lah , insya Allah..doakan :)