Tuesday, 30 October 2012

Sayang! Inilah Jawapannya.

AKU masih ingat, satu soalan yg kerap diajukan oleh ibu sewaktu aku remaja.Ketika itu ibu mengajak aku bermain teka-teki. Ibu pinta aku menjawab hanya satu soalan.
     "Sayang, cuba teka apakah bahagian tubuh badan kita yg paling penting?"Itulah soalan ibu.
Bunyinya mudah, tetapi pening juga kepala aku memikirkan jawapannya.
"Telingan ibu!" Itu jawapan pertama yg aku berikan. Aku merakan pendengaran adalah  satu perkara yg pentng dlm hidup manusia. Oleh itu aku memilih telingansebagai jawapannya.
     Tapi kata ibu, jawapan itu salah.
"Masih ramai manusia yg pekak boleh meneruskan kehidupan seperti biasa" kata ibu terus memberikan aku ruang waktu untuk mencari jawapan.
     Pada waktu yg lain pula, aku memilih mata sebagai jawapan persoalan itu.
"Sebab penglihatan amat penting manusia. Sudah tentu mata jawapannya" kataku.
     Tapi ibu hanya tersenyum dan menggeleng kepala. Kata ibu "Masih salah. Ramai orang yg buta masih meneruskan kelangsungan hidup mereka"
     Dari bulan kebulan aku masih terus cuba memberi jawapannya. Hidung, mulut, kaki, tangan, kepala sudah aku beri sebagai jawapan. Tetapi semua masih salah.
     Akhirnya persolan itu tergantung tanpa aku mampu merungkaikan jawapannya. Sehinggalah pada satu hari, keluarga kami dikejutkan dengan pemergian datuk ke Rahmatullah.
     Kami bersedih dengan menangis. Malah, ayah seorang yg aku kenali sebagai lelaki yg kental turut mengalirkan airmata.
     Selesai pengebumian. Ibu datang kepadaku lantas berkata,"Sayang, apakah ketika ini kamu sudah mendapat jawapan , apakah bahagian tubuh yg paling penting pada diri kita?"
Aku geleng kepala. Sungguh, aku sudah tidak mampu untuk memikirkan jawapannya. Malah aku hairan mengapa ibu bertanyakan soalan itu lagi disaat kami sedang dilanda kesedihan atas pemergian datuk.
     "Jawapannya ada dalam situasi sekarang" jelas ibu. Aku terpinga-pinga. Masih gagal mentafsir jawapan yg dimaksudkan ibu.
     "Sayang, biarlah ibu beritahu. Bahagian tubuh yg paling penting adalah bahumu!"
Bahu? Aku kehairanan, masih tidak faham mengapa bahu merupakan jawapan yg selama ini aku cari-cari.
     "Sayang, bahu mampu menahan kepala orang2 yg kamu sayang tatkala mereka sedang menangis atau bersedih" jelas ibu.
     Sambil menangis ibu meletakkan kepalanya kebahuku. Kata ibu, dalam hidup ini kita perlukan bahu untuk dijadika sandaran ketika menangis.
     Dan bahu itu hanya diperolehi apabila hidup kita dilimpahi kasih sayang tidak kira dari keluarga atau teman2 yg bersimpati.
     "Pastikan kamu memberi kasih sayang untuk orang sekeliling agar kamu sentiasa mempunyai bahu disaat-saat kamu menangis dan memerlukan sokongan" pesan ibu.
     Akhirnya barulah aku faham amanat yg cuba disampakan oleh ibu. Bahu amat penting untuk dijadikan sandaran atau sokongan tatkala dilanda kesedihan.

sumber: Mastika

Salam semanis coklat,
 

5 comments :

Nisah Mat Noh said...

.. nisah ingatkan HATI adalah bahagian yg pentg dlm idup kite, rupenye Bahu . sedey la entri ni.. nisah share ye :)

hnahdy said...

ingat otak.hehe apa2 pun entry ni mmg best..

Bicara Kak Noor said...

mmg tak terfikir langsung bahu jawapan nya,mudah2an kita menjadi bahu2 sokongan dikala ada yg memerlukan subhanallah

umialya said...

tak terfikirkan..

Kesuma Angsana said...

gd sharing , nice one indeed