Thursday 2 August 2012

To The Rescue!!






Jam di dinding rumah KZ menunjukkan pukul 6.55. Juadah berbuka puasa telah siap terhidang di atas meja. KZ masih di dapur membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Tiba2 Wardina memberitahu ada seseorang di pintu.

     Intan, jiran KZ dengan wajah panik...
     "Kak Zan, Aishah jatuh dalam longkang besaq kat depan, abang tak dak..Kak Zan tolong tengok dia, saya nak pi mintak tolong kat sapa-sapa.."

     "Hah..jatuh longkang!!"
     KZ pun kelam kabut mencapai tudung dan meluru keluar.

     "Ya Allah..."
Aishah, anak Intan, jiran KZ yg berumur 3 tahun, menangis di dalam longkang yg dalam itu.

     Aishah memang kecil molek orangnya. Habis seluruh tubuhnya bermandi air longkang tapi dia masih mampu berdiri dan Alhamdulillah, air longkang tidak dalam.

   Kami memang tidak sampai untuk mencapainya walaupun dia menghulurkan tangan.
   KZ meminta dia jangan takut kerana kami akan mengeluarkannya secepat mungkin.

  Intan yg panik menaiki skuternya mencari bantuan kerana ketika itu jiran lelaki terdekat kami sudah pergi ke surau.

  KZ  cuba memikirkan bagaimana hendak mengeluarkan si kecil molek ini.
  Ya...tangga! Di rumah KZ ada tangga mobile(?). KZ pun berlari ke rumah, mengeluarkan tangga di dalam stor dan berkejar semula keluar.

Tangga di hulur ke dalam longkang dan nasib baik, Aishah tidak histeria jadi dia mengikut arahan ibunya untuk memanjat tangga itu.

     Alhamdulillah, Aishah tidak cedera, cuma ada sedikit calar di wajahnya. Dia memang bernasib baik kerana di kawasan kami, hujan sudah lama tidak turun jadi longkang itu agak kering cuma sedalam pinggang Aishah.

   Begitulah kisah setengah jam sebelum berbuka.

          Salam semanis coklat...

7 comments :

Salmi said...

Kesiannya.. Macam mana boleh jatuh tu Zan? Nasib baik air longkang tak dalam. Lain kali kenalah hati-hati terutama waktu Maghrib..
Thn lepas di sini ada budak meninggal lemas lepas jatuh ke dlm longkang yang penuh airnya selepas hujan. Ahli keluarga tak perasan arwah main tepi longkang..

Unknown said...

Kisahnya dia bermain di tepi longkang bersama kakaknya yg berumur 7 tahun. Mereka sebenarnya sedang bersiap utk ke masjid bersama ibunya yg ketika itu masih di dalam rumah. Babaimana dia boleh jatuh, Allahualam...

Unknown said...

salam kenal.. mcm mana lah boleh jatuh yer.. sian anak tu... seb baik xde pape

maszull said...

assalamualaikum izan....yer la salam kenal dr mama ...:)

kesian nyer die berbuat baik sesama makhluk banyak pahalanya...:)

Cikrosecute said...

datang follow sini...

Unknown said...

mujur tak de ape2.
bahaya la jatuh longkang..
kalau cedera kat kepala naya je..
longkang kalau dalam gitu
sepatutnya ada besi penghadang..

OKje said...

alahai sianny aisyah