Tuesday 31 July 2012

Aku orang banjar

Ada teman-teman yg agak terkejut melihat foto anak KZ seperti di atas. Ketika ini Wardina berumur setahun. Ada yg menyangka KZ menyiksa anak dengan mengikatnya sedemikian rupa. Lihat rupa Wardina, dia nampak selesa dan tidak menangis kan?
     
Kalau pembaca orang Banjar, tentu fenomena di atas tidak asing kecuali generasi baru.
Adat mengikat anak di dalam buaian seperti itu dipanggil pukong. Sebenarnya sekarang ini memang amat sukar untuk melihat adat memukong anak seperti itu. Kz sendiri memukong Wardina hanya utk sessi bergambar. Itu pun dibantu ibu KZ yg masih ada skill memukong.

 Teknik memukong perlukan latihan tau. Bukan main pakai ikat aje..boleh sesak nafas pulak baby tu.Baby perlu didudukkan di dalam buaian dengan tangannya dikiamkan, sambil memeluknya , kain buaian dikemaskan di belakang dan sehelai lagi kain akan dililit di sekeliling badan bayi.pastikan keseluruhan wajahnya keluar dari balutan kain. Thats it, dah siap.Baby akan diayun perlahan sambil punggunngnya ditepuk lembut. Si ibu akan mengalunkan zikir, nasyid atau apa saja lagu yg baik2 sehingga bayi lena.

Bayi dalam pukongan dikatakan selesa kerana ia menyamai kedudukannya semasa di dalam rahim ibu. Oh ya, bayi yg dipukong selalunya berumur tidak lebih dari setahun. Anak gadis Banjar juga dikatakan mempunyai gaya berjalan cantik kerana dipukong ketika bayi.

Sedih juga kerana adat memukong ini sudah lenyap ditelan arus permodenan.Di pertempatan Banjar sendiri adat ini sudah tidak kelihatan. Memang sedih kerana inilah identiti masyarakat Banjar yg membezakan kami dengan keturunan Melayu yg lain.

Di post yg lain KZ akan cuba menceritakan tentang Orang Banjar ini. Oleh kerana KZ sendiri sudah hilang identiti Banjar, KZ kena korek info2 dari websitelah.

Salam semanis coklat dari Kak Zan. 

6 comments :

Irfa said...

salam kak izan..
adik ipar saya kawen org banjar.
masa anak saya taknak tido mengamuk2..dia ajar ikat anak saya tido buai mcm ni.namanya 'pokong'kalau x silap saya kan?

Unknown said...

betul irfa..tak ramai orang banjar yg ada skill memokong sekarang ini.

Salmi said...

Salam Izan..
saya pernah dgr pasal adat ni tapi tak pernah tgk walaupun bapa mertua org banjar.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya orang banjar...

owhh, skrg sy tau kenapa sy jalan cantik, mesti masa babyi dulu tidur cara macam ni.... hehe (perasannya)

Pernah juga cuba nak pukong anak saya masa bayi dulu tapi tak pandai, asyik terbaring jer, ekekeke..

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Norhaizan.
Sue pun org banjar juga..Anak2 buah kalau duduk kampung, mak jaga semua merasa kena pukong ni. heheheee

Anonymous said...

Gtu ea..ptot sy jln cntk..hihi..sy banjar juga