Sunday 23 December 2012

SELAMAT PENGANTIN LAMA NORHAIZAN & AZMAN.



SEBENARNYA kami dinikahkan lebih awal iaitu pada 3/12/1995.

Kami bersanding pada hari ini tahun1995. Majlis itu sangat sederhana. Kak zan anak sulung, gaji ciput, abah pula hanya kerja kampung. Suami pun ketika itu baru beberapa tahun berkerja dan dengan gaji yg tidak seberapa, KZ tidak mahu membebankan dia. Kami buat setakat yg termampu sahaja.

     Tak ada mak andam yg menyerikan wajah pengantin. KZ tepek sendiri muka dengan bedak..taruk lipstick..sudah..tak ada foundation di muka berlapis-lapis...tak ada bulu mata palsu..macam anak patung! Kalau diingat balik, memang nak tergelak...poyo jer muka..hahahaha..

     Tengok pelamin tu...jangan gelak, entah langsir siapa bagi pinjam...taruh kerusi makan! Duduk lah pengantin dan foto diambil dengan kamera cap ayam...jadilah...buat kenang-kenangan di hari tua!!

    Alhamdulillah....17 tahun telah berlalu. Kami dikurniakan 5 orang cahaya mata. Semoga ada lagi wedding anniversary selepas ini....

Salam semanis coklat,

28 comments :

Cik Nor said...

salam kenal. datang dari blog mimialya.
cantik juga lah kiranya. ikhlas.

Unknown said...

happy anniversary Izan, kira ok jugak tu dulu2 kan, time akak lagi lah dah 26 tahun kawin mmg lagi teruk lagi, masa tu mmg tak bertudung, tulah takleh nak kuarkan gambar hahaa, semoga kekal hingga keujung nyawa ya

Ena's Stories said...

uik..kira kiut jugak solek sendri...ayu je muka..

hepi anivesary semoga bekekalan hingga akhir hayat...

AtieYusof said...

Alhamdulillah... dah 17 thn kan KZ..
Happy anniversary..moga bahagia hingga ke syurga..amin! :)

Umialya said...

tarikh bersejarah buat kita, 23/12 ulangtahun KZ dan hari kelahiran saya..

Happy Anniversary buat KZ & suami, moga kebahgiaan ini kekal hingga keakhirnya..

NHML said...

hepi anniversary akk......
tak per nanti buat gambar post wedding dengan ank2 lagi meriah ^_^

nurbijen said...

selamat ulangtahun perkahwinan... semoga berbahagia sokmo...
KZ, orang cantik pakai mcm mana pun nampak cantik... tak perlu nak pakai bulu mata tambahan

zulaikha megat said...

semoga terus berbahagia hingga hujung nyawa..cantik kak zan wlupun solek sendiri..saya yang guna mak andam bagai ni pun tak secantik itu..

insan marhaen said...

Wah.. IM kahwin 10 tahun lebih dulu dari Zan rupanya...

Nadia Johari said...

trend org kwin dulu dgn sekrg lain kann..hehe..sekrg sume nk gune kos yang tinggi..bguslah akk solek sndri..alhamdulillah bhagia smpai sekrg..hrp bhagia smpai bile2

ANIM said...

Happy anniversary zan..Nampaknya zan kena panggil saya kakak. Kalau belek gambar kahwin zaman kita, memang boleh tersengih kemudian. Tambah2 saya, dari sepapan punya badan mcm tiang lampu boleh membesar berlapis2 papapn, heee

Saleha said...

selamat ulangtahun perkahwinan akak.. semoga kekal hingga ke syurga.. biarlah nampak cantik neutral dr nampak cantik sbb mekap..

Temuk said...

Alhamdulillah, dan tahniah. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan.

Foto-foto lama mengingatkan kita, itulah kita dulu-dulu. Dan akan lebih bersyukurlah kita bila melihat keadaan kita sekarang yang, insya Allah, lebih baik.

OKje said...

Hepy Anniversary ye KZ... semoga kekal hingga ke Syurga! Wah mesti masak special malam ni!

KZ, tak de make up artis pun come jugak.... he...he...

KZ, OKje dulu kawen dpd KZ tau... 18/11/95 hu..hu..

Kakzakie Purvit said...

Tahnia KZ. Kita menikah di tahun yg sama cuma kakak awallah sikit dai KZ. Kakak bulan Mei. Tapi kita bahagia kan KZ walau majlis tak segah macam sekarang ni... syukur dah ada 5 permata hati KZ..

Unknown said...

tahniah kak, semoga rumahtangga yg dibina bertambah bahagia dan berkekalan..

NM02 said...

selamat ulangtahun perkahwinan

comei jek gambornyer... baju kawen tu mcm mak saya pyer. hehehe

tanpa mak andam, tanpa pelamin bunga hidup, tanpa bulut mata pelesu, tanpa kerusi cleopatra, asalkan rumahtangga bahagia, dikelilingi suami dan anak², itu dah cukup bermakna dalam jangkamasa 17 tahun kan kak...

i'm hepi 4u!

kurus said...

selamat ulangtahun perkahwinan kak , biar lama asal dpt dijadikan kenagan kan kan .. saya dulu kawin pun sama .. kamera cap ayam , sbb bukan org senang kan ..

jadilahh dari x der ;)

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-17! Semoga jodoh rukun aman damai dan sejahtera.

Saya tetap puji dengan cara bersanding begitu. Unik klasik dan nampak sangat jujur.

*Ntah sapa di antara kita ini yang lebih tua, sebab saya kahwin tahun 1989.

Nisah Idham said...

Happy Anniversary KZ,
yang simple tu tak mengapa kak.. asal bahagia hingga ke Jannah (^_~)

Unknown said...

tahniah kak :)

psst~insyaALLAH kak, terima kasih for the doa. moga sy & si dia diikat dgn ikatan yg suci & halal mcm akak dan suami :)

Unknown said...

tahniah kak zan...semoga terus kekal hingga ke akhir ayat...dan dimurahkan rezeki...

juelee said...

happy annibesari kak.. 17 tahun lama tu, alhamdulillah.. saya baru 3 tahun.. semoga allah kekalkan rasa cinta antara pasangan kita tu sampai syurga..

Unknown said...

selamat pengantin baru kak,semoga kekal hingga keakhir hayat

kinara kinatara said...

hapyaniversary ya kak..:)

comel lah kak:)

Salmi said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan Zan.. Saya dulupun macam Zan juga. Semuanya serba sederhana maklumlah anak sulung & keluarga lah berada. Apa yg penting alhamdulillah bahagia hingga kini. Eh, samalah kita.. sayapun ada 5 anak..

Masya said...

hihiihi.. apepun selamat ulang tahun perkahwinan.. moga berkekalan... hingga akhirnya..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

happy belated annversary kak zan,,mudah2an ade,,moge bahagia kekal selamanya k kak zan =)

eh xsolek pon nmpak bseri ok,,hehe cantik!