Sunday 16 September 2012

Tanda Anak Memberontak






Terasa sakit mata Aliyah setiap kali melihat perlakuan anak kecilnya yg berusia 5 tahun, Danial. Setiap kali dimarahi, Danial akan menarik muka, berlalu pergi, lantas menghempas pintu biliknya.
    Semakin besar, semakin sukar pula Aliyah mahu menddik dan mengawal Danial. Kadangkala terlintas dibenak Aliyah, salahkah didikannya selama ini. Pantang ditegur, Danial pasti akan memberontak.
     Mungkin menjawab teguran ibunya jauh sekali, namun perlakuan Danial secara body language atau bahasa badan sebagai tindak balas terhadap kata-kata ibunya apabila ditegur atau dimarahi amat menyakitkan hati Aliyah.

     KZ pasti ramai ibu di luar sana mengalami situasi yg sama seperti Aliyah. Rata-rata kita merasakan kelakuan anak itu sangat kurang ajar dan tak kurang juga yg merasa tercabar apabila anak2 pandai menjawab bila dimarahi.

    Jangan terkejut..sebenarnya kitalah yg mengajar anak2 bahasa badan ini. Secara tidak sedar perlakuan kita terhadap anak atau orang disekeliling kita terutama pasangan banyak mempengaruhi sikap anak2.

    EMPAT LANGKAH HADAPI ANAK MEMBERONTAK.

    !.   CUBA ANALISA PERIBADI

         Analisis peribadi sendiri. Harus diingat, pendidikan tidak formal itu bermula di rumah. Jadi, apabila kita sebagai ibi bapa sudah memberikan contoh tidak baik secara tidak langsung kita mendidik anak2 kita menjadi seperti kita.

  2.   TEGUR ANAK2 SECARA BERHIKMAH

        Tegur anak2 secara berhikmah dan lemah-lembut. Cuba berikan sebab dab akibat perlakuan itu.Jangan biarkan arahan kita tergantung tanpa ada alasan yg anak2 tidak boleh menerimanya.

  3.   GUNAKAN KEKERASAN JIKA PERLU

        Islam sendiri ada memberi kebenaran untuk menggunakan kekerasan apabila anak2 tidak mahu mendengar kata.Tetapi kekerasan adalah jalan terakhir. Merotan bukan dengan niat menyakiti mereka, sebaliknya bertujuan memberi pengajaran. Juga perlu diingat jgn merotan ketika kita dlm keadaan terlalu marah.

  4.  SENTIASA BERDOA YANG TERBAIK

       Sentiasalah berdoa untuk anak2. Doa seorang ibu itu tiada hijab. Juga, jagalah perkataan kita agar kita tidak mendoakan perkara yg buruk dan tidak baik kepada anak2.



Sumber: Puan Hawa Rahmat
               Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia, MMU.


Salam semanis coklat,
                                      





3 comments :

Salmi said...

Perkongsian yang baik.. benar sekali, pendidikan bermula dari rumah..

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

bagus ..leh share ..salam perkenalan kak zan !

mama maman aka yana said...

Alhamdulillah.. Terima kasih kerana berkongsi... :-)