Tuesday 25 December 2012

Dia Dijemput Oleh Kekasih Abadi...

LEBIH kurang pukul 12.30 tengahari encik suami dihubungi oleh abang Ramli dari Negeri Sembilan, Epit semakin nazak. Kira-kira 5 minit kemudian, anak sulungnya, Fahriz memberitahu, Epit telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kembalilah dia ke sisiNya setelah 2 tahun bertarung dengan kanser paru-paru.

      Arwah akan disemadikan di kampungnya, Bahau , selepas Asar nanti. Encik suami kemudian sibuk menelefon adik-beradiknya untuk bertanya apa rancangan mereka.(Emak Epit merupakan kakak no 3 dari 8 adik-beradik en. suami).

     Abang Nazri akan berangkat ke sana seberapa segera. Dia akan membawa MIL KZ yg juga uzur akibat stroke. Entahlah sama ada mereka sempat melihat jenazah Epit buat kali terakhir. Perjalanan dari Ipoh ke Bahau mengambil masa 5 jam (tanpa jem!)

      Rosli mungkin akan follow abang Nazri. Azizi (si bongsu) mungkin memulakan perjalanan malam nanti. Kami sekeluarga bercadang untuk menziarahi Kak Ani Khamis ini.
Shikin yg menunggu masa untuk melahirkan anak ke dua hanya mampu berkirim salam.

     Kepada yg baru follow KZ, entri tentang Epit ada di sini dan sini. Sedih juga kerana tidak dapat mengiringi sepupu anak-anak KZ tu dalam perjalanan terakhirnya. KZ hanya mampu mengirim fatihah untuk arwah.

Inilah keluarga arwah Epit (Firdaus). Abang Ramli Dan Kak Ani duduk bersama si bongsu,Faqeha. Dari kiri Fakharudin, Fazli, Arwah Epit, Nur Fahriz (Along), Atikah (Alang) dan Hafizah.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...kenangan bersamanya akan abadi di ingatan keluarganya dan teman-temannya.

Salam semanis coklat,
ke



Restoran Terapung Nelayan Ujong Batu

SELEPAS mission BTS selesai kami ke mari untuk menjamu selera. Restoran ni terletak di Bagan Dalam, Butterworth. Restoran ini di bina diatas tebing sungai (tak pasti sungai apa) yg juga merupakan susur keluar masuk bot nelayan ke laut. Tapi ketika kami sampai...airnya surut so pemandangannya tidak berapa menyelerakan.


     Bila tengok bot2 nelayan yg ditambat di sisi restoran, boleh agak hasil laut dari laut terus di bawa ke dapur restoran. Memang fresh!

     Menu yg paling hot dan popular tentulah bawal goreng dan sambal kicapnya. Rasa ikan bawal tu memang lain dengan yg kita beli kat pasar tu...memang sedap!

 Menu yg encik suami pilih memeng simple...ikan bawal goreng, kari bendi, ulam dan sambal belacan..tapi awesome!! KZ malu nak snap lauk pauk yg disajikan..ramai orang! snap atas meja sendiri je.



Ujong Batu juga terletak di bawah 
Lingkaran Luar Butterworth...itu bukan Penang Bridge ya..

    Restoran ni memang ramai pengunjungnya. Nasib baik ketika sampai 'lunch hour' hampir tamat, jadi ramai pelanggan yg sudah mahu beredar. Kalau nak ke sini, tanya orang tempatan ya, kerana kedudukannya yg agak jauh dari jalan besar, di perkampungan nelayan atas air. KZ tak snap kampung nelayan tu sebab viewnya tidak berapa enak mata memandang!

Salam semanis coklat,



Mission: Back To School!!

SEMALAM KZ dzn encik suami bawa anak2 shopping sempena Back To School. Kami keluar pagi, lebih kurang pukul 9.30. Singgah di restoran mamak untuk sarapan dan meneruskan 'mission'.

    Kedai yg kami kunjungi memang pupolar di Penang ni dan yg bagusnya ia di miliki oleh orang kita (mungkin juga mamak). Kedai Wahab terletak di Sunway City, Seberang Jaya. segala kelengkapan sekolah ada di sini. Sambil memilih baju sambil membayangkan not kertas berkepala Agung yg terbang melayang2..waahahaha..

     Selesai membeli, hari sudah pun tengahari..orang semakin ramai masuk ke dalam kedai tu. Ramai juga rupanya yg macam kami, last minute shopping! Perut pun dah lapar...apa lagi..cari tempat untuk soru!

     Mission mencari tempat melayan mulut, KZ akan ceritan di next entri!

Salam semanis coklat,





Sunday 23 December 2012

SELAMAT PENGANTIN LAMA NORHAIZAN & AZMAN.



SEBENARNYA kami dinikahkan lebih awal iaitu pada 3/12/1995.

Kami bersanding pada hari ini tahun1995. Majlis itu sangat sederhana. Kak zan anak sulung, gaji ciput, abah pula hanya kerja kampung. Suami pun ketika itu baru beberapa tahun berkerja dan dengan gaji yg tidak seberapa, KZ tidak mahu membebankan dia. Kami buat setakat yg termampu sahaja.

     Tak ada mak andam yg menyerikan wajah pengantin. KZ tepek sendiri muka dengan bedak..taruk lipstick..sudah..tak ada foundation di muka berlapis-lapis...tak ada bulu mata palsu..macam anak patung! Kalau diingat balik, memang nak tergelak...poyo jer muka..hahahaha..

     Tengok pelamin tu...jangan gelak, entah langsir siapa bagi pinjam...taruh kerusi makan! Duduk lah pengantin dan foto diambil dengan kamera cap ayam...jadilah...buat kenang-kenangan di hari tua!!

    Alhamdulillah....17 tahun telah berlalu. Kami dikurniakan 5 orang cahaya mata. Semoga ada lagi wedding anniversary selepas ini....

Salam semanis coklat,

Perjalanan Pulang ke Kampung

PENGANUT agama Kristian akan menyambut Perayaan Krismas Selasa ini (25/12/2012). Ramai yg memilih pengangkutan awam untuk pulang ke kampung. Menurut http://www.themalaysianinsider.com tiket ke kebanyakan destinasi telah habis di jual.

     Nur Ashikin Baharom (ticketing assistant) dari KL Sentral Malaysia Airlines MAS memberitahu, hanya terdapat sedikit kekosongan penerbangan ke Sabah dan Sarawak untuk hari ini dan Isnin (24/12/2012).

     KTM Intercity Senior Marketing Manager, Mohd Noordin Kimi pula berkata semua tiket keretapi bertarikh hingga 31/12/2012 sudah habis dijual kerana kebanyakan warga kota telah menempah awal-awal tiket untuk pulang ke kampung halaman. Walau bagaimanapun, menurut beliau tiket untuk perkhidmatan ETS dari KL ke Ipoh masih ada.

     Menurut kerani tiket dari A Sani Express di Pudu Sentral, Wajida abu Hassan pula, syarikat itu tidak punya perancangan untuk menawarkan bas tambahan ke utara dan pantai timur walaupun tiket ke destinasi tersebut telah habis dijual.

     Penumpang yg ingin ke pantai timur masih boleh mendapatkan tiket dari Mara Liner dan Shamisha Express di Hentian Putra. manakala yg ingin pulang ke selatan boleh membeli tiket bas di Shamisha Express.

     Kepada yg memandu sendiri untuk pulang, berhati-hatilah di jalan raya. Tidak perlu tergesa-gesa untuk cepat sampai ke destinasi. Jika tersekat di dalam kesesakan lalu lintas, bersabarlah. Ingatlah orang tersayang yg menanti kepulangan kita!!

Salam semanis coklat,
           Kak Zan



 

Mak cik Tak Minat K-Pop!!

 pinjam kat encik google. Entah apa maksudnya kena tanya bloggers k-pop!!


JUMAAT lepas KZ ada join satu segmen menambah follower...seronok juga..meningkatlah sikit jumlah follower Semanis coklat ni...semoga mereka akan jengah lagi blog KZ, bukan sekadar menambah follower, lepas tu sepi tanpa berita.

     Rasanya....inilah segmen menambah follower yg terakhir KZ join. Kenapa?? Sebabnya...bloggers yg suka join segmen macam ni, muda2 belia belaka, pangkat anak2 KZ..hehehe...malu pulak KZ nak follow blog yg rata2 berimej    
K-Pop! Dari nama blog, pic header dan pic empunya blog dan mp3 yg dimainkan....K-Pop belaka! 

     Entri blogger2 remaja ni, KZ tak reti nak layan...kecuali entri resepi..hahahaha...macam mana KZ nak komen, kalau nak membaca entri dia orang yg penuh slanga dan shortform tu, KZ rasa macam KZ di dunia lain...tak faham mak cik ni nak ooiii....

    Kalau yg pompuan tu siap tulisan pun warna pink...pink muda..dengan background cerah...mak cik ni dah le rabun..macam mana nak membacanya!!

      Lepas ni, kalau bloggers yg sewaktu dengan KZ buat segmen menambah follower baru KZ join. Memang KZ dah tobat nak join kalau anak-anak yg buat segmen tu. Jangan marah ye anak2...memang mak cik ni tak reti K-pop K-pop ni..hahahahahahaha....

Salam semanis coklat,