Showing posts with label Firdaus. Show all posts
Showing posts with label Firdaus. Show all posts

Tuesday, 25 December 2012

Dia Dijemput Oleh Kekasih Abadi...

LEBIH kurang pukul 12.30 tengahari encik suami dihubungi oleh abang Ramli dari Negeri Sembilan, Epit semakin nazak. Kira-kira 5 minit kemudian, anak sulungnya, Fahriz memberitahu, Epit telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kembalilah dia ke sisiNya setelah 2 tahun bertarung dengan kanser paru-paru.

      Arwah akan disemadikan di kampungnya, Bahau , selepas Asar nanti. Encik suami kemudian sibuk menelefon adik-beradiknya untuk bertanya apa rancangan mereka.(Emak Epit merupakan kakak no 3 dari 8 adik-beradik en. suami).

     Abang Nazri akan berangkat ke sana seberapa segera. Dia akan membawa MIL KZ yg juga uzur akibat stroke. Entahlah sama ada mereka sempat melihat jenazah Epit buat kali terakhir. Perjalanan dari Ipoh ke Bahau mengambil masa 5 jam (tanpa jem!)

      Rosli mungkin akan follow abang Nazri. Azizi (si bongsu) mungkin memulakan perjalanan malam nanti. Kami sekeluarga bercadang untuk menziarahi Kak Ani Khamis ini.
Shikin yg menunggu masa untuk melahirkan anak ke dua hanya mampu berkirim salam.

     Kepada yg baru follow KZ, entri tentang Epit ada di sini dan sini. Sedih juga kerana tidak dapat mengiringi sepupu anak-anak KZ tu dalam perjalanan terakhirnya. KZ hanya mampu mengirim fatihah untuk arwah.

Inilah keluarga arwah Epit (Firdaus). Abang Ramli Dan Kak Ani duduk bersama si bongsu,Faqeha. Dari kiri Fakharudin, Fazli, Arwah Epit, Nur Fahriz (Along), Atikah (Alang) dan Hafizah.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...kenangan bersamanya akan abadi di ingatan keluarganya dan teman-temannya.

Salam semanis coklat,
ke



Monday, 17 December 2012

Khabar Dari Hospital

SELEPAS acara family gathering di Sg.Klah, kami sekeluarga bertolak pulang ke Penang petang Ahad. Kami singgah sebentar di rumah MIL di Ipoh kerana anak KZ,Adi ingin menghabiskan cuti di sana.

     Sampai di laman rumah opah,ada sebuah kereta myvi di situ. Ohhh..anak Kak Ani,Along dan 3 orang adiknya dari Negeri Sembilan ada di sana. Apa khabar Along? Bila nak makan nasi minyak...itu soalan klise sebenarnya..Nasi minyak dah hangit,kena masak baru..katanya. Tak pe Along..dah tak ada jodoh!

     Cerita yg kami ingin dengar dari Along tentulah perkembangan terbaru Epit (Firdaus). Dia sudah semakin tenat. Doktor telah memberhentikan rawatan kemo. Usaha para perawat sudah sampai noktahnya. Tiada apa yg mampu mereka lakukan lagi.

     Badan Epit sudah membengkak dan matanya sudah kuning,petanda organ dalamannya juga sudah hampir 'shut down'. Mereka akan membawanya pulang ke Bahau Rabu ini (19/12/2012). 

     Apa yg membuat Along dlm dilema,dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kpd ayah mereka keadaan Epit sekarang. Abang Ramli tidak diberitahu yg doktor telah menghentikan semua rawatan  apatah lagi dia juga berpenyakit darah tinggi.

     Mereka adik-beradik mungkin telah bersedia menerima berita buruk itu tapi ayah mereka mungkin sedikit sukar menerima hakikat,anak lelakinya mungkin akan meninggalkannya terlebih dahulu. Berat sungguh tugas yg terpaksa Along pikul. Semoga along tahu apa yg harus dilakukan.

     Jika kematian itu lebih baik untuk Epit,semoga Allah menjemputnya segera kerana dia menahan kesakitan yg bukan sedikit (tulang belakangnya sudah menghimpit saraf, gerakan yg perlahan pun akan membuat dia sakit). Jika dia masih ada harapan untuk sembuh,semoga Allah segera menyembuhkannya....siapa tahu..kalau itu takdir allah.

Salam semanis coklat,
           Kak Zan

Tuesday, 30 October 2012

Terimalah Takdir Itu Dengan Redha...

HARI Raya kedua, kami sekeluarga ke rumah ibu en suami di Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 di Ipoh. Menyambut kedatangan kami Kak Ani sekelurga dari Negeri Sembilan Kak Ani anak ke tiga ibu mertuaku dan berkahwin dengan orang Negeri.
     Kak Ani dikurniakan 7 orang anak dan Alhamdulillah, anak2nya 'menjadi'. Anak sulungnya masih solo. KZ rasa dia ingin membantu keluarganya dahulu dan memikirkan soal jodoh kemudian nanti, maklumlah mereka bukan orang senang. Tak pe lah Kak Long, jodoh itu ketentuan Allah kan!
     Anak ke dua Kak Ani hanya mampu berbaring. Sedih melihat keadaannya. Sel kanser telah meragut segala-galanya dari dia. Hospital adalah rumah keduanya. Ketika teman2 seusianya riang menikmati hidup muda dan remaja, dia bergelut dengan kemoterapi dan segala macam ubat.
     Firdaus di diagnosis mengalami kanser paru2 pada tahun lepas. Pada mulanya dia mengalami batuk yg berpanjangan.Klinik dan hospital merawatnya sebagai batuk biasa dan ini berpanjangan bertahun lamanya. Pada awal tahun lepas dia mengalami batuk berdarah, barulah pihak hospital menjalankan siasatan yg lebih terperinci. Keputusannya dia disahkan mengalami kanser paru2 tahap 4.
     Sejak itu bermulah episod baru dalam keluarga Kak Ani.Berulang alik dari Bahau ke Hospital Kuala Lumpur, menjadi rutin kehidupan Firdaus dan Kak Ani yg begitu setia menjaga anak bujangnya.
     Sebenarnya Firdaus telah selesai menjalani satu sessi kemo dan kesihatannya agak memberangsangkan selepas
 itu. Namun bila darahnya di uji pada bulan Ramadhan lepas, didapati sel kanser di dalam tubuhnya menular semula. Satu lagi sessi kemo harus dia tempohi. Kesihatannya juga semakin merosot. KZ kira, Kak ani dan keluarga sudah pasrah dengan apa juga ketentuan Allah kelak.
    Semoga Kak Ani dan keluarga redha dengan takdir 
Allah. Pasti banyak hikmah disebalik dugaan yg Dia berikan.

Salam semanis coklat,