Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

Acara Sabtu




INILAH majlis yg akan KZ dan suami hadiri hari ni. Sebenarnya pada tahun2 yg lepas, KZ malas nak pergi tapi kali ni teringin pulak nak tengok budak berdua tu naik pentas terima anugerah. 

     Menurut kata Maisarah, parents diminta mengiringi anak menerima anugerah. Alamak...KZ ingat nak pakai blouse dan slack jer. Nampaknya kena dress up la sikit. Hmmmmm..nak pakai baju apa ya? Baju kurung raya tadi pun ok jugak rasanya.

     Bercakap tentang pakaian ke majlis2 di sekolah ni, KZ nak merungut lah sikit. KZ perasan ramai parents yg tak kisah tentang pakaian ketika menghadiri events yg sekolah anjurkan. Memang tidak ada kod pakaian dinyatakan di dalam surat jemputan tapi agak-agaklah. Ada ibu yg KZ lihat hanya memakai t shirt, berseluar jeans dan berselipar jepun!

     KZ rasa baju kurung sangat versatile ke majlis2 di sekolah. Tak payahlah pakai baju yg penuh dgn labuci dan bertumit tinggi. Yang paling KZ tak berkenan, berseluar ketat melekat. Ya Allah, terserlah segala aset tu. Tolonglah..pakaian tu cuma layak dipakai di dlm rumah. Kalau bumper se seksi JLO pun, tak perlulah menayangnya.

     Nantikan entri KZ tentang majlis anugerah cemerlang ni.




Salam Semanis Coklat,

Friday, 4 January 2013

Tangisan di Pagi Hari...

SEPERTI biasa pagi tadi KZ menggerak si bongsu untuk ke kelas pra. Dia pun membersihkan diri di bilik mandi dan tiba-tiba keluar dari bilik mandi dia menangis.

     Kz bertanya kenapa. Dia tidak mahu ke sekolah. Kenapa?, tanya KZ. Muhammad tidak menjawab tapi terus menangis. KZ cuba memakaikannya baju....dia meronta-ronta tidak mahu.

     KZ cuba bertanya lagi dan memberinya pilihan jawapan.
Sakit perut?...geleng kepala...sambil menangis..
Kawan usik..pukul?...geleng
Kawan ambil barang?...geleng
Cikgu marah?...geleng juga
Habis tu mengapa tak mau sekolah?...menangis
....cikgu cubit, katanya..
Biar betul?
Tak pe nanti ibu cakap dgn cikgu jangan cubit lagi...

     KZ berjaya juga memakaikannya baju sekolah walaupun Muhammad meronta-ronta tidak mahu. Berpeluh-peluh juga KZ! Pakaikan kasut...start enjin kereta dan mendukungnya masuk ke dalam kereta. Dia masih tidak berhenti menangis.

     KZ tidaklah percaya bulat-bulat dengan kata2 Muhammad. Tapi KZ percaya, mesti ada sebab mengapa Muhammad berkelakuan begitu pagi ini. Pelik jugak..dia ok jer sepanjang hari semalam. Balik dari sekolah pun dia nampak happy jer...tak ada tanda2 yg dia ada masalah di sekolah.

     Sampai di sekolah, KZ memimpinnya sampai ke kelas dan bertemu dengan guru kelasnya. KZ bertanya kepada guru muda itu sama ada Muhammad ada masalah di kelas semalam. Tidak KZ tanyakan tentang cerita cubit dari Muhammad...lebih2 lagi KZ tidak nampak 'bukti' cubit di badan Muhammad!

     Semalam dia ok jer di kelas...tak ada masalah apa2, jelas guru Muhammad. Dia kemudian memujuk muhammad supaya menceritakan kepadanya sebab dia enggan ke sekolah hari ini....Muhammad hanya menangis dan memeluk kaki KZ.

    Cerita kat cikgu, nanti cikgu bagi hadiah...pujuk guru itu lagi (guru ini masih belajar di peringkat ijazah...hebatkan...guru pra sekarang di mestikan oleh sekolah untuk berijazah). 
Tiba2 Muhammad mengatakan dia sakit kaki...pulak! Dan menunjukkan tempat di mana dia merasa sakit....KZ sudah garu kepala.

     Muhammad kemudia setuju untuk masuk ke dewan makan untuk bersarapan. KZ membuka kasutnya. Ketika KZ menarik tangannya untuk masuk, dia mengubah fikiran dan menangis lagi.

     Tak pe lah, hari ni tak payah sekolah, tapi hari Isnin  jangan ponteng ya...pujuk gurunya lagi. Muhammad mengangguk kepala dan KZ membawanya pulang.

     KZ masih tidak tahu punca sebenarnya Muhammad buat perangai pagi ini. Sama ada dia sengaja buat cerita atau benar ada sesuatu berlaku semalam atau Muhammad memang tidak ada mood untuk ke sekolah hari ini. KZ minta dia berjanji untuk kembali ke sekolah minggu hadapan. Muhammad mengangguk.
      KZ harap minggu depan Muhammad Haziq tidak buat perangai lagi.

Salam semanis coklat,



Tuesday, 1 January 2013

Pagi Tahun Baru 2013

PAGI tahun baru yg dingin dan suram di Batu Kawan. Nasib baik hari ni masih hari cuti...anak2 ada yg masih berlingkar di dalam selimut termasuk encik suami.

Pic di atas KZ snap waktu balik dari membeli roti canai di kedai berhampiran. Ketika ini hujan masih rintik...sejukkk.

     Teman2 bloggers buat apa ya hari ni? mungkin masih ramai yg bercuti makan angin dengan anak2. Misi KZ hari ni of coz prepare baju anak2...tolong mereka jahit lencana..alter tudung dan sterika baju (utk yg masih kecil saja, yg dah besor panjang, buat sendiri!)

     Esok akan bermulalah sessi persekolahan tahun 2013. Maisarah akan berdepan dgn PMR dan Wardina, UPSR. Kakak akan naik form 4, dia ambil sains, semoga dia serasi dgn pelajaran baru. Adi naik form 2 dan muhammad pra sekolah lagi. Maka KZ akan kembali bersunyian sepanjang pagi! Semoga anak2 kita akan mengharungi 2013 dengan azam yg tekad dan kuat!

Salam semanis coklat,



Tuesday, 25 December 2012

Mission: Back To School!!

SEMALAM KZ dzn encik suami bawa anak2 shopping sempena Back To School. Kami keluar pagi, lebih kurang pukul 9.30. Singgah di restoran mamak untuk sarapan dan meneruskan 'mission'.

    Kedai yg kami kunjungi memang pupolar di Penang ni dan yg bagusnya ia di miliki oleh orang kita (mungkin juga mamak). Kedai Wahab terletak di Sunway City, Seberang Jaya. segala kelengkapan sekolah ada di sini. Sambil memilih baju sambil membayangkan not kertas berkepala Agung yg terbang melayang2..waahahaha..

     Selesai membeli, hari sudah pun tengahari..orang semakin ramai masuk ke dalam kedai tu. Ramai juga rupanya yg macam kami, last minute shopping! Perut pun dah lapar...apa lagi..cari tempat untuk soru!

     Mission mencari tempat melayan mulut, KZ akan ceritan di next entri!

Salam semanis coklat,