Showing posts with label prngantin. Show all posts
Showing posts with label prngantin. Show all posts

Sunday, 23 December 2012

SELAMAT PENGANTIN LAMA NORHAIZAN & AZMAN.



SEBENARNYA kami dinikahkan lebih awal iaitu pada 3/12/1995.

Kami bersanding pada hari ini tahun1995. Majlis itu sangat sederhana. Kak zan anak sulung, gaji ciput, abah pula hanya kerja kampung. Suami pun ketika itu baru beberapa tahun berkerja dan dengan gaji yg tidak seberapa, KZ tidak mahu membebankan dia. Kami buat setakat yg termampu sahaja.

     Tak ada mak andam yg menyerikan wajah pengantin. KZ tepek sendiri muka dengan bedak..taruk lipstick..sudah..tak ada foundation di muka berlapis-lapis...tak ada bulu mata palsu..macam anak patung! Kalau diingat balik, memang nak tergelak...poyo jer muka..hahahaha..

     Tengok pelamin tu...jangan gelak, entah langsir siapa bagi pinjam...taruh kerusi makan! Duduk lah pengantin dan foto diambil dengan kamera cap ayam...jadilah...buat kenang-kenangan di hari tua!!

    Alhamdulillah....17 tahun telah berlalu. Kami dikurniakan 5 orang cahaya mata. Semoga ada lagi wedding anniversary selepas ini....

Salam semanis coklat,