Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

10 Strange Fruits Around The World


KZ amat tertarik ketika membaca artikel dari smashinglists.com ni. Rupanya buah-buahan dari negara kita antara buah-buah yg pelik di dunia.

10. Passion Fruit


Passin fruit atau buah delima sebenarnya berasal dari Amerika Selatan. Sebenarnya buah ini ada 2 jenis, satu dikatakan beracun dan satu lagi yg selalu dibuat jus.

9. Star fruit aka Carambola

Buah belimbing banyak terdapat di negara sebelah sini. Belimbing besi merupakan jenis yg enak di makan kerana rasanya yg manis dan sesuai dibuat jus.

8. Mangosteen

Buah yg berbeza kulit dan isi. Kaya dengan antioksida dap sekarang para saintis percaya buah ini mampu mengubati banyak penyakit merbahaya. Dewasa ini banyak produk dihasilkan dari buah ini.

7. Durian aka The King of fruits

Orang 'putih' menyamakan bau buah ini seperti bau stokin busuk! Kerana buanya yg extreme, buah ini di'haramkan' memasuki hotel dan beberapa premis lain! Mereka juga melebalkan si durian ini mempunyai rasa jelek. Itu lidah mereka kan...yg penting ini buah yg AWESOME.

6. Dragon Fruit

Juga di panggil buah pitaya. Berasal dari Mexico. Dari keluarga kaktus. rasanya manis. Antara buah yg KZ tidak berapa gemar! Bunganya juga boleh dimakan mentah.

5. African cucumber aka Kiwano

Timun yg terdapat di Afrika. SEperti timun yg lain, ia berair dan rasanya dikatakan sedikit masin.Selalunya digunakan untuk menghias makanan.T

. Ackee

Nampak pelik kan buah ni. Merupakan buah kebangsaan negara Jamaica.

3. Buddha’s Hand

 
Buah ni nampak menakutkan. Rasanya dikatakan seperti limau.Boleh didapati di China dan India. digunakan sebagai perasa dlm masakan ikan dan sebagai pewangi rumah.

2. Tamarillo

Dari keluarga tomato. Tumbuh di Ecuador, Peru dan Colombia. Rasanya seperti buah delima dan selalu dibuat jus atau digunakan dlm penyediaan sos. Juga dijadikan pengawet makanan kerana kandungan peptin yg tinggi.

1. Custard Apple

Juga dipanggil bull's heart.. TErdapat di Taiwan, India dan Afrika serta di beberapa negara tropika. Rasanya manis dan enak seperti rasa kastard.
http://www.smashinglists.com/

Salam semanis coklat,




Saturday, 22 December 2012

Peringatan Untuk Semua...




     Apa makna AIB? Aib adalah mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan orang lain dgn niat. Hukumnya adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
     
“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

          
     Adalah menjadi kewajiban kita untuk menutup aib orang lain. Bagaimana pula dengan membuka aib sendiri seperti mengaku tidak pernah berpuasa atau tidak pernah menunaikan solat...juga tidak dibenarkan dalam Islam!

      Sabda Rasulullah saw:"Sesiapa yg melakukan dosa sedemikian (syirik,mencuri,berzina...) dan dihukum kerananya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. DAn sesiapa yg melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kpd Allah sama ada utk mengampuninya atau mengazabnya." 

    Mengumpat atau membuka aib orang memang seronok, apatah lagi kalau sudah berkumpul beramai-ramai. Aib orang merupakan satu bahan bergosip yg sensasi!! KZ harap teman2 blogger tidak termasuk ke dalam golongan ini.

     Face book, twitter malah blog merupakan salah satu media di zaman cyber yg memudahkan kita membuka dan menyebarkan aib orang, kadang2 tanpa kita sedari. KZ pernah membaca status di fb seorang teman yg KZ rasa mengaibkan seseorang..lalu KZ tegur, Alhamdulillah..dia mengeluarkan status itu . KZ rasa dia menulis tanpa niat sebenarnya.

     Kalau tidak ada perkara yg boleh dibincangkan, eloklah kita berdiam diri....jika terasa ingin membuka aib orang, cermin dulu diri sendiri. Bagus sangatkah kita? Elok sangatkah budi pekerti kita? Banyakkah sudah amalan kita? Sempurna sangatkah penampilan kita?

Semoga kita saling ingat mengingati kerana kita memang mudah lupa!!

Salam semanis coklat,
                                                                                                                 
                                                                                                   

Wednesday, 19 December 2012

Expedition 34 Soyuz Rollout

ROKET soyuz akan dilancarkan hari ini 19/12/2012 di Baikonur Cosmodrome,Kazakshtan.

Expedition 34 Soyuz Rollout

The Soyuz rocket is rolled out to the launch pad by train on Monday, Dec. 17, 2012, at the Baikonur Cosmodrome in Kazakhstan. Launch of the Soyuz rocket is scheduled for Dec. 19 and will send Expedition 34/35 Flight Engineer Tom Marshburn of NASA, Soyuz Commander Roman Romanenko and Expedition 35 Commander Chris Hadfield of the Canadian Space Agency (CSA) on a five-month mission aboard the International Space Station.

Image Credit: NASA/Carla Cioffi

Tuesday, 18 December 2012

Mari Menambah Ilmu

ENTAH mengapa sehari dua ni KZ dilanda virus 'M' untuk berblog. Bukak dashboard dan jeling2 jer tajuk entri kawan2. Nak menulis...malas 'banget'. Siapa ada ubat virus 'M' ni?..
    Roll punya roll bloglist, ternampak entri dari Rai..tapi yg menarik perhatian KZ adalah satu link yg Rai letak di entrinya. http://jomfaham.blogspot.com ,bagus betul blog ini kepada yg ingin menambah ilmu.

     Di blog tersebut juga ada satu link kepada yg tidak berkesempatan menghadiri majlis ilmu, kuliah agama secara online http://almuttaqin.tv/index.php. Pilih saja apa topik yg ingin kita dengar. Cuma satu saja kekurangan mengikuti kuliah secara online..kita tidak boleh bersoal jawab dgn penceramah jika tidak faham apa yg dibincangkan.

     Kepada Rai,terima kasih kerana meletakkan link tersebut.

Salam semanis coklat,
            Kak Zan

Monday, 3 December 2012

Aku Ingin Jadi Manusia Itu...

HEBATNYA manusia yg apabila pagi bermula, dia pun mula berharap hari tu dia dapat menolong orang lain yg memerlukan, menggembirakan orang lain yg sedih, melindungi orang lain yg lemah, menghormati orang lain yg berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menyebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yg ditemuinya akan senyum bahagia dengan kehadirannya...MasyaAllah!!!

Dari artikel Disuatu Pagi Yang Dingin

Martinelli Hashim

Salam semanis coklat,

Sunday, 2 December 2012

Saya Suka Ikan Sepat!


Jumpa pantun ni di dinding fb seorang teman, pencinta sastera Melayu..

Salam semanis coklat,

Ingin Kurus?


MENGUNYAH chewing yg berperisa mint yg kuat dikatakan mampu mematahkan selera untuk mengunyah makanan lain kerana rasa mint membuat makanan lain terasa tidak sedap!!

Salam semanis coklat,


Wednesday, 28 November 2012

Masa Itu Emas...Boleh Gadai Tak???


DEMI masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman  dan beramal soleh 
dan saling ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran -Al -Ashr : 1-3

ADA satu kekuatan di dunia ini yg tak mampu dikalahkan oleh mana-mana makhluk Allah. Setinggi manapun pangkat anda, kuasa ini tak akan dapat di tahan, dikurung, dipasung atau dibekukan! Itulah kekuatan masa!

     Kerana kehebatan masa inilah, maka Allah berkali-kali bersumpah dlm Quran berkaitan waktu,
               Wal ashr (demi waktu)
               wadh dhuha(demi waktu dhuha
               wallail (demi waktu malam)
               wannahar (demi waktu siang)

     Saidina Ali ra mengibaratkan waktu sebagai sebilah pedang, ia mampu mencantas sesiapa yg tidak mampu menggunakannya dengan baik.

     Hassan Al-Banna berkata,"Hari ini adalah harapan semalam,dan esok adalah harapan hari. Berusahalah dengan sebaik-baiknya hari ini untuk mengutip hasilnya dihari kemudian.Bahkan  di mana tempat kita di akhirat kelak, dilihat dari apa yg kita lakukan hari ini"

     Dalam kehidupan ini, kita dapat melihat manusia terbahagi kepada tiga,
1. Orang yg berjaya - org yg menggunakan waktu dengan 
                                  optimum dan melakukan perkara yg
                                  tidak diminati oleh org yg gagal.

2. Org yg malang - orang yg selalu merasa kecewa dan 
                              sering menangguh-nangguhkan 
                              sesuatu pekerjaan.

3. Org yg hebat - Org yg sedia melakukan sesuatu sekarang
                           seperti tiada lagi esok!

     Waktu terus bergerak tanpa menunggu sesiapa. Lihatlah sahaja sekarang, kita telahpun berada di penghujung tahun 2012...sekejap sahaja rasanya!

     Waktu mempunyai nilai yg sangat berharga. Kita tidak mampu membeli masa yg telah berlalu, walau ditawar dengan selaut emas!

     Waspadalah! Masa kamu mungkin hilang begitu sahaja tanpa kamu memperolehi apa-apa hasil kerana kamu masih menunggu di situ!!!

Salam semanis coklat,

Tuesday, 27 November 2012

Jangan Asyik Berblogging!!!!


APAKAH kebaikan yg telah kita lakukan sepanjang hari ini?

Salam semanis coklat,

Sebab Pulut Santan Binasa...

LIDAH adalah salah satu anggota badan manusia yg kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah. Walaupun kecil, peranannya sangat besar.Rasulullah pernah bersabda tentang bahaya penyalahgunaan nikmat lidah,
Kebanyakkan dosa anak Adam kerana lidahnya
(riwayat Tabrani dan Baihaqi)

     Lidah boleh memuliakan dan mengangkat maruah seseorang dan dlm ketika lain, mampu pula utk menghina dan menjatuhkan seseorang. Sebab itu orang tua ada bermadah,
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

     Lidah umpama pisau bermata dua, bisa hadir sebagai rahmat kpd manusia di kala ungkapan ucapannya terselit unsur nasihat dan ketaatan kpd Allah dan pada masa yg sama, ia juga membawa sembilu dan kepedihan kpd manusia di kala lisannya mendedahkan belangnya yg tersembunyi.

     Menurut perspektif Islam, lidah melambangkan identiti seseorang. Rasulullah bersabda,
     Sesiapa yg beriman kpd Allah dn hari Akhirat, maka
     hendaklah dia berkata dgn perkataan yg baik-baik atau
     dia berdiam saja
        (riwayat Bukhari)

     Di dalam al Quran, Allah menyediakan panduan bagaimana menggunakan lidah kerana setiap perkataan yg terkeluar akan direkod oleh malaikat,

     Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisiny malaikat   
pengawas yg sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)
(surah Qaf, ayat 18)

                 
     Sebenarnya banyak lagi nas2 utk membuktikan betapa Islam melarang keras sebarang perbuatan keji yg terbit dari lidah, kerana natijah dari perbuatan itu sangat bahaya.
 
     Oleh itu setiap individu Muslim hendaklah sentiasa berwaspada semasa bercakap dgn saudaranya yg lain dan juga memelihara lidahnya drpd melakukan perbuatan yg tercela dan dilarang Allah.

      Umat Islam hendaklah berhati-hati ketika menyebarkan berita supaya tidak terperangkap dalam dosa memfitnah. Tapis dan saring dahulu berita yg diterima dan jangan menerimanya secara membabi buta tanpa tahu kebenaran berita tersebut.

Salam semanis coklat,

Monday, 26 November 2012

Aku Bersyukur Kepadamu Allah Diatas Rezeki Ini...


KAK ZAN rasa ramai orang pernah mengalami senario ini...makanan tu nampak sedap giler tapi bila masuk tekak..macam-macam rungutan yg keluar dari mulut kita..tak sedap! Tawar! Masin! Kucing pun tak hingin...
     Tapi sedarkah kita di satu situasi yg berbeza, makanan itu sangat enak!

Jadi janganlah kita merungut di depan makanan (peringatan ini untuk KZ juga!).

Salam semanis coklat,

Saturday, 24 November 2012

Laaa..macam tu pulak!!


Masih ingat lagi isu Inshaallah yang disebarkan baru2 ini? Tulis Insyaallah ke, In shaa Allah ke, Inshaallah ke, pelbagai polemik timbul, hingga menenggelamkan isu Gaza. Untuk menjadikan ia lebih dramatik, diletakkan sumber dari @[177413585624661:274:Dr. Zakir Naik]. Di laman twitter Dr Zakir Naik Fans menyebut : 

""Zakir Naik : never said anything on how to spell InshaAllah...Please don't spread wrong information without any Official confirmation."

Isunya muda. Inshaallah itu perkataan dari Bahasa Arab. Jika kita menulis rumi, dibaca tetap bunyinya Inshaallah. Tidak menjadi masalah pun. Kalau nak timbulkan isu ni, baik timbulkan masa lagu Inshaallah Maher Zain tengah top. 

Spread this.. :)

Boycott : http://bit.ly/XxnsGv
Join us : We Are All Palestinians Campaign (https://www.facebook.com/events/445081202222445/)
Donate to Gaza : http://on.fb.me/Wj93rb
Masih ingat lagi isu Inshaallah yang disebarkan baru2 ini? Tulis Insyaallah ke, In shaa Allah ke, Inshaallah ke, pelbagai polemik timbul, hingga menenggelamkan 
isu Gaza. Untuk menjadikan ia lebih dramatik, diletakkan sumber dari Dr. Zakir Naik. Di laman twitter Dr Zakir Naik Fans menyebut :

""Zakir Naik : never said anything on how to spell InshaAllah...Please don't spread wrong information without any Official confirmation."

Isunya muda. Inshaallah itu perkataan dari Bahasa Arab. Jika kita menulis rumi, dibaca tetap bunyinya Inshaallah. Tidak menjadi masalah pun. Kalau nak timbulkan isu ni, baik timbulkan masa lagu Inshaallah Maher Zain tengah top. 


BUKAK fb pagi ni. inilah yg  KZ temui. Tak tau nak cakap 

apa. Benarlah, kalau nak menuntut ilmu haruslah berguru

dengan guru yg betul, bukan main ikut jer apa yg terpapar 

dan tersebar di dinding fb. KZ akan harap ulamak tersohor 

kat Malaysia boleh ulas isu ni.

Salam semanis coklat,