Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Mari Menambah Ilmu

ENTAH mengapa sehari dua ni KZ dilanda virus 'M' untuk berblog. Bukak dashboard dan jeling2 jer tajuk entri kawan2. Nak menulis...malas 'banget'. Siapa ada ubat virus 'M' ni?..
    Roll punya roll bloglist, ternampak entri dari Rai..tapi yg menarik perhatian KZ adalah satu link yg Rai letak di entrinya. http://jomfaham.blogspot.com ,bagus betul blog ini kepada yg ingin menambah ilmu.

     Di blog tersebut juga ada satu link kepada yg tidak berkesempatan menghadiri majlis ilmu, kuliah agama secara online http://almuttaqin.tv/index.php. Pilih saja apa topik yg ingin kita dengar. Cuma satu saja kekurangan mengikuti kuliah secara online..kita tidak boleh bersoal jawab dgn penceramah jika tidak faham apa yg dibincangkan.

     Kepada Rai,terima kasih kerana meletakkan link tersebut.

Salam semanis coklat,
            Kak Zan

Thursday, 13 December 2012

Kanak-kanak Adalah Najis??

RASANYA teman-teman pernah terdengar tentang perkara ini..kanak2 yg belum berkhatan adalah najis dan boleh membatalkan solat org lain yg menyentuh mereka(??)..betulkah?...sila baca seterusnya utk menjawab persoalan ini..

Pendapat yang mengatakan Solat menjadi batal jika disebabkan kehadiran anak (kanak-kanak) yang belum berkhatan di dalam Saf (hadapan, bersama orang dewasa) adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu) seperti yang diperjelaskan oleh Ulama' hadis & ramai Ulama' Fiqh daripada kalangan Fuqaha terkenal. Pendapat yang mengatakan Solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama' dari kalangan Hanafiyah dalam 'Raddul Muhtar' tertolak kerana bertentangan dengan Hadis Sahih.

Untuk penerangan yg lebih lanjut sila ke sini.


Salam semanis coklat,
            Kak Zan