HARI Raya kedua, kami sekeluarga ke rumah ibu en suami di Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 di Ipoh. Menyambut kedatangan kami Kak Ani sekelurga dari Negeri Sembilan Kak Ani anak ke tiga ibu mertuaku dan berkahwin dengan orang Negeri.
Kak Ani dikurniakan 7 orang anak dan Alhamdulillah, anak2nya 'menjadi'. Anak sulungnya masih solo. KZ rasa dia ingin membantu keluarganya dahulu dan memikirkan soal jodoh kemudian nanti, maklumlah mereka bukan orang senang. Tak pe lah Kak Long, jodoh itu ketentuan Allah kan!
Anak ke dua Kak Ani hanya mampu berbaring. Sedih melihat keadaannya. Sel kanser telah meragut segala-galanya dari dia. Hospital adalah rumah keduanya. Ketika teman2 seusianya riang menikmati hidup muda dan remaja, dia bergelut dengan kemoterapi dan segala macam ubat.
Firdaus di diagnosis mengalami kanser paru2 pada tahun lepas. Pada mulanya dia mengalami batuk yg berpanjangan.Klinik dan hospital merawatnya sebagai batuk biasa dan ini berpanjangan bertahun lamanya. Pada awal tahun lepas dia mengalami batuk berdarah, barulah pihak hospital menjalankan siasatan yg lebih terperinci. Keputusannya dia disahkan mengalami kanser paru2 tahap 4.
Sejak itu bermulah episod baru dalam keluarga Kak Ani.Berulang alik dari Bahau ke Hospital Kuala Lumpur, menjadi rutin kehidupan Firdaus dan Kak Ani yg begitu setia menjaga anak bujangnya.
Sebenarnya Firdaus telah selesai menjalani satu sessi kemo dan kesihatannya agak memberangsangkan selepas
itu. Namun bila darahnya di uji pada bulan Ramadhan lepas, didapati sel kanser di dalam tubuhnya menular semula. Satu lagi sessi kemo harus dia tempohi. Kesihatannya juga semakin merosot. KZ kira, Kak ani dan keluarga sudah pasrah dengan apa juga ketentuan Allah kelak.
Semoga Kak Ani dan keluarga redha dengan takdir
Allah. Pasti banyak hikmah disebalik dugaan yg Dia berikan.
Salam semanis coklat,

12 comments :
semoga mereka sekeluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan, Aminnn.
Smoga k.ani dia tabah menghadapi dugaan hidup ini. Smoga dipermudhkan segala urusan hariannya oleh Allah SWT....
sedihnye kak..nasib org kan tp nasib kite xth lg cm ne..
sesungguhnya setiap ujian hambaNya itu berbeza-beza, semoga kak Ani lebih tabah & kuat utk hadapi semua ini.. ujian utk kita entah bagaimana pula rupanya..
semoga mereka tabah kan kak
sedih nyee saya baca nie
Ya ALLAH berikanlah ketabahan dan kekuatan kpd anak muda , ibu dan keluarga ini mengharunginya.
Kd Dato Ahmad Said, Kg Manjoi dan Kg Tengku Husin menyimpan banyak memori semasa alam persekolahan dulu...
Assalam Nor..Alhamdulillah hari ni dapat keblog Nor..
semoga kak ani nor tabah ..dan anaknya akan menemui penawar
salam.Baru arini dapat 'bukak' blog ni.Alhamdulilhhhh.
Semoga k.ani tabah menghadapi dugaan dr Allah ini.Aminnnn
sedihnye kak.. tau2 je dh tahap 4..
smoga beliau & fmly tabah hadapi ujian ni.. org doakan agar ALLAH ringankan penderitaan yg beliau alami.. amin.
Mana mana ibu tetap mendoakan kebahagiaan anak anaknya...
dtg baca kisah arwah epit
Post a Comment