Showing posts with label mistik. Show all posts

Friday, 30 November 2012

Allahuakbar!!!

Pic ni jumpa ka fb...kalau KZ jumpa masa mandi manda kat laut, mau demam seminggu!

Salam semanis coklat,

Thursday, 8 November 2012

Dunia Kita Sudah Berbeza...Jangan Cari Aku Lagi!

HAJJAH Ayang merasa agak resah malam itu. Kenapa?Dia sendiri tidak pasti kenapa.Hening malam dikuasai bunyi cengkerik yang gemersik.Dikejauhan terdengar sahutan burung hantu(merindu bulan?).

     Aktiviti penghuni malam tidak merungsingkan Hajjah Ayang. Dia sudah biasa.Dia sudah menghabiskan segenap usianya di kampung itu.Sekadar nyanyian pungguk,dia sudah tidak hairan. Tapi malam itu terasa lain. Kenapa ya? Hajjah Ayang melipat telekungnya. Dia baru sahaja selesai solat Isyak. Hajjah Ayang kemudian ke dapur ,sebelum beradu dia ingin memastikan pintu di dapur sudah dikunci.

    Hajjah Ayang perasan,ada bunyi pelik di luar sana. Bunyi si pungguk? Bukan! Bunyi cengkerik? Bukan! Bunyi anjing melolong? Bukan! Bunyi angin menyapa malam?Pun bukan! Macam...macam...orang berbisik...atau menangis sayu...Hajjah Ayang memasang telinga lagi. Hajjah Ayang pasti..itu bukan irama orkestra malam yg saban malam bersenandung melenakan tidurnya.

   Hajjah Ayang membuka selak pintu dapurnya. Dia ingin memastikan bunyi apa di luar sana......

     Hajjah Ayang terpaku...1 saat..2 saat..3 saat..
Dammm..Hajjah Ayang menutup daun pintu.Terperanjat anak bujangnya yg sudah terlelap di ruan tamu.
"Kenapa mak?" tanya anak bujangnya.
"Angin...angin kuat"Hajjah Ayang cuba mengawal ketakutannya.Dia kemudian cepat-cepat merebahkan badannya disebelah anak bongsunya.Mulutnya kumat kamit membaca beberapa potong doa. 

Keesokan malamnya juga begitu.Bunyi ganjil itu masih meresahkan Hajjah Ayang.Bezanya kali ini dia sudah tahu,siapa/apa yang berbunyi begitu. Hajjah Ayang ingin bersemuka dengan mahluk itu. Dia pasti,itulah kehendaknya. Bersemuka dengan Hajjah Ayang.! Hajjah Ayang sendiri sudah bersedia kali ini.Ayat2 Quran yg dipelajari dari gurunya dibacanya,terang dan jelas. Takut! Ya..dia masih ada perasaan gentar..tapi dia harus mengenepikan perasaan itu.Dia yakin, Allah ada bersamanya.

      Mahluk itu berdiri di bawah pohon mempelam di belakang rumah Hajjah Ayang.Tidak terlalu dekat dengan pintu dapurnya tapi cukup jelas untuk Hajjah Ayang melihat wajahnya.
Wajah pucat lesi itu merenungnya sayu....

"Kau nak apa cari aku?" tanya Hajjah Ayang.
Mahluk itu hanya  diam membisu."
"Jangan cari aku lagi. Dulu kita memang berkawan rapat. Tapi itu dulu.Masa tu kau masih hidup! Sekarang kau dah mati. Dunia kita dah berbeza!Aku tak boleh berkawan dengan kau lagi! Pergi kau dari sini. Pergi! Kalau kau cari aku lagi...nahas kau! Aku bukan main-main. Kalau kau tak nak sakit, jangan ganggu aku lagi!"

Mahluk itu kemudian mengeluarkan bunyi yg pelik..seakan -akan bunyi burung..bergerak secara mengiring (bukan melompat!) dan kemudia hilang di dalam kegelapan malam yang pekat.

     Hajjah Ayang masih tercegat. Memerhatikan mahluk itu pergi dengan sayu. Air matanya bergenang. Dia pasti,keputusannya adalah tepat. Manusia dan mahluk seperti itu tidak boleh berkawan...langsung tidak dibenarkan. Hajjah Ayang menutup pintu dapurnya perlahan.

     Dia kemudian ke ruang  tamu. Anak bujangnya lena dibuai mimpi,langsung tidak terkesan dengan kejadian di dapur tadi. Hajjah Ayang duduk bersandar di tepi dinding.Mengeluarkan sutah Yassin dan membacanya perlahan.

     Sungguh..Hajjah Ayang tidak tahu mengapa arwah teman baiknya menjelma begitu. Mereka teman sepeguruan. Seingatnya,mereka tidak pernah menuntut ilmu yg salah.Tapi dia juga tidak pasti jika temannya itu ada  menuntut ilmu sesat tanpa pengetahuannya.

     Hajjah Ayang berdoa,semoga Allah mengampuni sahabatnya itu.Dalam hatinya berkata, mungkin pocong berwajah arwah teman sepeguruannya itu sekadar mainan iblis yg ingin menyesatkannya.

     Hajjah Ayang tidak pernah memberitahu sesiapa, gerangan temannya yg datang malam itu. Dia tidak kisah menceritakan kejadian misteri yg dialaminya, tapi jangan ditanya wajah siapa yg dilihatnya. Rahsia itu dibawanya hingga ke liang lahat

Salam semanis coklat,

Saturday, 13 October 2012

Jangan Cari Aku Lagi..Dunia Kita Sudah Berbeza!

     Hajjah Ayang tidak pernah memberitahu sesiapa, gerangan temannya yg datang malam itu. Dia tidak kisah menceritakan kejadian misteri yg dialaminya, tapi jangan ditanya wajah siapa yg dilihatnya. Rahsia itu dibawanya hingga ke liang lahat .

P/s Rasanya buat masa ini,ini n3 misteri nusantara terakhir dari KZ! Mungkin dilain masa kita boleh berseram-seram lagi!

Salam semanis coklat,

Friday, 12 October 2012

Dia Hidup Balik!

TIRAI senja semakin berlabuh.Suasan alam semakin suram dan kelam.Hajjah Ayang masih di belakang rumah,menghalau ayam2nya masuk ke reban Ada beberapa ekor ayam yang degil masih ke hulu hilir bila dihalau. Geram sungguh Hajjah Ayang.Macam sengaja ayam2 tu menaikkan darahnya.

"Jangan la main2 lagi.Masuk la cepat.Kalau kamu nak sangat dimakan musang..tidor le kat luar ni...akau dah tak larat ni" Hajjah Ayang membebbel.Macam la ayam2 tu faham .

Syoohhhh...syoooohhhh..Akhirnya semua ayam2nya berjaya di halau masuk ke reban.  Suasan sudah semakin kelam. Hajjah Ayang mengelap peluh di dahi.Dia mahu segera masuk ke rumah,mandi dan menunaaikan solat Maghrib.

       Tiba2 Hajjah Ayang melihat ada sesusuk tubuh di belakang reban ayamnya. Keadaan yg semakin gelap menyukarkan Hajjah Ayang mengecam empunya wajah.

"Siapa tu?"sapa Hajjah Ayang.

Perlahan-lahan,susuk tubuh tersebut menghampiri Hajjah Ayang.

"Astagfirullah!!!!" Hajjah Ayang tidak menunggu lagi.Kain sarungnya diangkat dan dia meluru masuk ke dalam rumah,menguncinya dengan tangan yg menggeletar.

"Ya Allah, Ya Allah"Hajjya Ayang mengurut dadanya.

Mustahil! Bisik Hajjah Ayang. Tapi Hajjah  Ayang pasti,dia tidak tersilap orang. Bukan sehari dua dia mengenali empunya wajah tadi, Sudah bertahun dia berjiran dengannya. Hajjah Ayang memang pasti. Yang menjadi kemusykilan,jirannya itu sudah dikebumikan semalam!!!!

P/s wah..blog KZ dah jadi blog misteri nusantara ke? Dak aihhh.Sebenarnya Hajjah Ayang di atas adalah arwah nenek KZ. Arwah merupakan pengamal perubatan tradisional terkenal di kampung kami. Arwah sering menceritakan kisah mistik dan misteri yg dilaluinya sendiri.Tapi KZ hanya dapat mengingati cebisan kisah2 itu kerana ketika itu kz masih kecil. Al Fatihah untuknya.

Salam semanis coklat,