KETIKA berbual kosong dengan jiran2 di tepi padang semalam, kami membangkitkan perihal jiran kami yg ada 5 orang anak. Bukan....kami bukan nak mengumpat hal rumahtangga orang, 'concern' sebenarnya dengan keadaan anak2 mereka.
Jiran kami ini, kedua-duanya bekerja...3 anaknya sudah bersekolah dan 2 lagi berumur 4 dan 2 tahun..dijaga oleh baby sitter yg juga jiran berdekatan.
Baby sitter ini pernah mengadu, dia diberi upah ikut suka hati ibubapa budak2 tu...agak terkejut mendengar jumlah yg diberi, lebih2 lagi anak2 yg lain juga akan ke rumahnya selepas waktu sekolah hingga ibubapa mereka pulang dari bekerja! Mungkin kerana jiran ni memang memerlukan wang..jadi dia tidak bersuara.
Apa yg kami bangkitkan semalam tentang anak2 ini yg sentiasa berkeliaran tanpa awasan terutama ketika cuti sekolah. Mungkin untuk menjimatkan wang, si kakak yg berumur 10 tahun diberi tanggungjawab menjaga adik2 ketika cuti sekolah.
Si kakak inilah yg menguruskan rumah dan memasak. Apalah yg dapat dimasak oleh gadis seusia itu...nasi dan telur goreng! Dia juga tidak dapat mengawal adik2 yg agak nakal, terutama adik lelakinya yg berumur 8 tahun.
Anak ini diceritakan akan merayau-rayau ke rumah jiran tidak kira masa. Tentu menjengkelkan jika dia bertandang ke rumah hingga terpaksa diminta pulang...jika tidak dia akan berlama-lama di rumah kita.
Kadang2 anak2 ini akan ke rumah jiran meminta makanan! Terkejut seorang jiran melihat anak yg berumur 4 tahun(yg kami panggil yaya) makan biskut kering yg diberi dan memuji kesedapan biskut itu!...MasyaAllah...getusnya, tidak ada makanan kah di rumah mereka (mereka bukan orang susah!)
Semalam, seorang jiran terserempak yaya merayau-rayau di padang berhampiran pada pukul 8 malam. Biar betul!, katanya. Yaya juga suka bermain buaian ketika tengahari rembang! Pada kami, banyak perkara buruk boleh berlaku terhadap anak2 ini., apatah lagi kejiranan kami memang ramai warga asing.
Ada juga yg bercerita, si bu sebenarnya tidak suka ada ramai anak...mungkin kerana dia sendiri hanya ada seorang kakak, dia merasa lemas dan rimas dgn anak2. Lalu ada yg bertanya...kenapa beranak ramai?...dan ada yg menjawab...kerana suaminya melarangnya menggunakan kaedah 'family planning'!
Sedih juga melihat keadaan anak2 ini. Siibu pulang dari kerja, tapi langsung tidak menghiraukan anak2 yg sudah seharian ditinggalkan. Anak2nya yg kecil dibiarkan saja bermain dipadang tanpa pengawasan. Anaknya yg berumur 4 tahun sering memanjat-manjat tapi bila ditegur, dia buat tidak tahu...ngeri melihatnya! Kadang2 si ibu dilihat keluar semula selepas pulang bekerja..ke mana?Tidak pula kami ambil tahu.
Kami juga pelik, kenapa si suami tidak kisah dgn perangai si isteri. Mungkin si isteri telah memberi syarat...dia bersetuju mengandung dan beranak, tapi bukan menjaga mereka!...mungkin? Percaya tak, dia sebenarnya pernah mengandung selepas habis pantang anak yg kini berumur 2 tahun..tapi keguguran.Kami hanya menggeleng kepala.
Hmmm...sebenarnya kalau nak bercerita tentang keluarga ni memang tak habis satu hari. Kami jiran2 bukan nak menjaga hal rumahtangga mereke atau nak mengaibkan mereka....satu saja kami harap...tidak akan ada perkara2 buruk yg berlaku pada anak2 itu...semoga mereka sentiasa di dalam lindungan Allah!
Kepada teman semua, jagalah anak kita dengan baik. Mereka amanah dari Allah. Kalau sudah terjadi sesuatu yg buruk dan baru hendak menyesal, memang tidak berguna. Jangan anggap dgn membiarkan saja mereka, mereka akan lebih cepat berdikari, berani dan tahan lasak...itulah kata bapa anak2 itu. Teman2 setuju?
Salam semanis coklat,