PETANG semalam ketika duduk bersantai di atas buaian (sebenarnya buaian tu untuk budak2..tapi mak budak tumpang sekejap) KZ menyaksikan satu insiden yg mencuit hati.
Ketika KZ sampai di padang tu sambil memerhatikan si bongsu bermain gelongsor dgn temannya, ada 3 orang budak India sedang bermain bola. Rasanya semua mereka masih bersekolah rendah.
Tidak lama kemudian, datang 3 orang budak Melayu dan bertanya kepada budak2 India tu sama ada mereka boleh bermain sama. Boleh..jawab mereka dan mereka pun bermain dengan gembira.
Itu la insiden yg membuat KZ tersenyum memandang mereka. Sekali lalu memang tak ada apa2 yg istimewa kan? Sekadar budak2 main bola....renungkanlah semula.
Anak2 seusia itu memang naif...mereka tidak merasakan agama, bangsa dan warna kulit membezakan sesama mereka. Mereka tidak prejudis walaupun tidak 'sekapal'.
Anehkan, bila dewasa..pandangan mereka jadi lain. Aku, aku dan kamu, kamu. Segala-galanya tiba2 jadi sempadan. Pandangan mereka bahawa manusia itu hanya boleh bergaul sesama kelompok sejenis jadi prinsip bersosial.
Ketika bekerja dulu, ada sikap bias pada staff yg bukan Melayu oleh superior kami. Bukan menuduh kerana ia jelas di depan mata. Jalan singkat..keluar dari situ 'for good'.
Ini bukan entri anti non Malay ya! KZ tidak ada masalah bergaul dengan sesiapa saja, asalkan mereka tidak menangguk di air keruh. Jiran2 KZ pun ramai yg bukan Melayu dan kami boleh bertegur sapa.
Melihat mereka bermain, terasa ingin jadi anak2 semula!
Salam semanis coklat,
6 comments :
tersenyum sendiri bila tengok budak2 dapat bermain bersama
Izan...
pengalaman akak pernah nak cuba berkawan dengan kawan perempuan bangsa india... rupanya dia jenis tikam kawan sendiri. Sejak dari itu terus serik..
apapun akak lebih selesa ebrkawan dengan bangsa sendiri. Tidak prejudis cuma dah terkena.
Bangsa kita sendiri pun ramai yang perangai teruk. Bila dewasa kita semakin matang, tapi mudah pula terpengaruh dengan persepsi yang silap.
IM selalu cuba ujudkan elemen 1 malaysia dalam diri IM...
Saya memang ramai kawan bukan Melayu sejak sekolah lagi dan hubungan masih baik hingga sekarang malah disambung oleh anak2. Setakat ini, semuanya baik..
Yelah kz masa kecik fikiran hijau muda dah besau jadi hijau tua dah berkarat....ha..ha...tu yg tak sebulu memanjang!
Post a Comment