SEMALAM heboh lagi satu Malaysia tentang perkahwinan di usia sangat muda. Di dinding fb mahu pun di blog2, macam2 komen dan pendapat peribadi dikeluarkan. Setakat ini belum ada kalangan profesional yg mengulas isu ini, mungkin isu ini bukanlah baru. Tak lama dulu pun ada kisah pengantin muda di siarkan di media2 dan you tube.
KZ baca di dinding fb, ramai yg mengucapkan selamat berbahagia kpd pasangan muda ini. Ramai yg setuju mereka menghalalkan hubungan yg dah sampai tahap kronik! Kenapa KZ kata kronik....kerana si gadis memang sudah lama berumahtangga di rumah keluarga si teruna. KZ pun rasa, kalau dah tahap macam tu memang WAJIB mereka di nikahkan.
Kalau difikirkan, kaunseling merupakan salah satu cara untuk menghadapi kemelut seperti ini. Di katakan keluarga si gadis terpaksa merelakan pernikahan ini selepas berbincang dengan pihak satu lagi. Bukan menuduh, tetapi macam ada sesuatu yg tidak kena pada si gadis. Kalau KZ di usia begitu, masih mahu berperap dengan ibu, masih mahu berkejar-kejar dengan rakan seusia di padang, masih mahu bertepuk tampar dengan adik-beradik, masih mahu bergosip dengan bff tentang pelakon/penyanyi mana yg paling handsome! Atau si gadis ini memang terlebih matang.
KZ masih berpendapat kaunseling oleh mereka yg pakar harus di berikan kepada gadis itu terutamanya. Apa yg dia cari dalam hidup sebenarnya..apa impian dia..apa harapan dia..apa yg dia nampak tentang masa depan dia...apa perasaan dia terhadap ibubapa dia. Kadang2 anak2 ini mencari apa yg dia tidak dapat di rumah sendiri.
Ada satu komen di fb yg menyatakan umur tidak menentukan kematangan. KZ rasa pendapat ini tidak betul. Kematangan itu seiringan dengan umur kerana pengalaman hiduplah yg mematangkan kita. Dan pengalaman itu haruslah kita yg alami sendiri atau dari orang yg rapat dengan kita, bukan hanya dengan membaca di majalah,'surf' di internet atau menonton You Tube. KZ tidak rasa pada umur 13 tahun, gadis itu cukup matang untuk melayari rumahtangga!
Walau macam mana pun mereka telah selamat diijab kabulkan. Semoga keluarga mereka tidak "take for granted" mereka sudah pandai menjalani kehidupan suami isteri. Mereka masih perlukan bimbingan dan nasihat. KZ khuatir mereka hanya memikirkan keseronokannya sahaja. Tanggungjawab yg mereka pikul sangat besar. Semoga mereka sedar, laut itu tidak sentiasa tenang. Tatkala badai melanda, kewarasan fikiran jadi taruhan. Mampukah mereka? Semoga mereka berbahagia hingga ke hujung usia.
Salam semanis coklat,

11 comments :
semoga lelaki tu dapat bimbing isteri dia agar dapat jadi isteri yang solehah..dan semoga rumah tangga diorang berkekalan..
mungkinkah sebab ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk dengan urusan "cari duit". anak2 jadi cepat matang sbb terlalu berdikari..? hmmm...
Sangatlah tidak bersetuju umur begitu dah berumahtangga...
Hidup bukan berdua jer..
Byk lg yg perlu diambil kira...
Kak Zan..
sy paling setuju pengalaman hiduplah yg mematangkan kita dan ia beriringan dgn umur...:)
terkejut juga bila tgk berita ni smlm di Metro... rasa muda sgt nak bergelar isteri.. takut belum bersedia nak pikul tanggung jawap as a wife and to be a mother...
nak komen apa erk sbb saya bayangkan anak teruna saya yg berusia 13 tahun, perangai cam budak2 lagi.
Gitu jugak si abang 16 tahun, masih belum boleh berdikari juga, asyik nak berkepit ngan si ibu jer..
waktu saya baca berita tu, saya speechless. kata mereka, mereka sedia bertanggungjawab..tapi usia muda macam tu, berapa banyak tanggungjawab yang boleh dipikul? boleh ke menanggung kehidupan isteri?bila ada anak, boleh ke tanggung kehidupan anak..entahlah..semoga mereka boleh melayari hidup rumahtangga dengan baik dan bahagia..
alahai mudanya kawen
betul tu kematangan seiring dgn usia kita..lagi berusia lglah byk yg dilalui dn lglah byk pengalaman yg mematangkan kita kan
mungkin gadis tu tak fikir panjang...tgklah setakat mana jangan esok2 bila berusia 20an tgk rakan sebaya bersosial dia pun ikut dan menyesal tinggalkan zaman remajanya he he
sebagai orang sekeliling, haruslah kita mendoakan kebahagiaan mereka. Dalam usia semuda itu, faham kah makna tanggungjawab tersebut, tanggungjawab bkn sekadar disebut dibibir, tapi harus di pikul. kematangan bukanlah dari usia semata-mata, namun dari pengalaman yang di lalui, melihat dari pengalaman org sekeliling tidak sama dgn pengalaman diri sendiri. usia yang muda, rata-rata hanya memikirkan tentang keseronokan semata-mata, jangan sekadar untuk menghalalkan sahaja, kerana perkahwinan terlalu byk aspek yang perlu di ambil kira..
xpelah..kita doakan yg baik2 je buat pengantin baru ni.. :)
rasa kesian juga tapi kita doakan yang terbaik bagi pasangan tu..
semoga berbahgia
Mak bapak mainkan peranan penting
Kawen awal2 budak2 ni tau ke erti tanggungjawab lepas kawen? Kalu btul faham,alhamdulillah...
Apa2 pun,moga perkahwinan dorg berkekalan...
saye setuju dengan kak zan,,umur2 mcmni di zmn moden ni kan masih lg nk enjoy2, jgn bndingkan dgn zmn dulu, kawen mude xpe, sbb dr kecik memg dh tlong mak kt dapur,,zmn skrg pulak? tepuk dade tanyelah selera,,
saye doakan yg terbaik jelah utk mereka ye kak Zan =)
Post a Comment