KISAH ini berlaku beberapa tahun dulu, ketika KZ masih tinggal di Ipoh. Insiden ini meninggalkan kesan agak mendalam dalam diri KZ.
Pagi itu KZ ke pasar seperti biasa. Setelah meletakkan kereta di kawasan luar pasar, KZ pun berjalan di lorong sebelah pasar tersebut. Penunggang motosikal menggunakan jalan kecil ini untuk masuk ke dalam kawasan pasar. Kadang2 ada juga kereta yg masuk tetapi mesti berhati-hati kerana jalan itu hanya muat untuk satu kereta sahaja..kalau berselisih dengan kenderaan lain, seorang mesti mengalah dengan bergerak ke bahu jalan.
Tiba2 KZ terpandang seekor anak kucing di bahu jalan tersebut. Kucing itu masih baby, mungkin di buang orang tetapi ibunya tidak kelihatan. KZ rasa dia selesa dengan kepanasan jalan bertar jadi dia mengerekot di atasnya.
KZ risau jika ada kereta yg tidak perasan kucing tu ataupun dia boleh tiba2 bergerak ke tengah jalan. Tak sanggup membayangkan kalau2 dia dilenyek kenderaan yg lalu lalang. KZ lantas mengaupnya dengan telapak tangan(kucing tu memang kecik sangat) dan meletakkannya agak jauh dari jalan tersebut.
Kemudian KZ ke gerai kuih sebelum bergerak masuk ke bangunan pasar untuk membeli barangan dapur. Sedang asyik memilih bawang besar, seorang lelaki menegur KZ.
"Kak..ini duit kakak ke?" ditangannya ada sekeping not 50 ringgit. Terkejut juga KZ,"Sekejap..akak check beg duit"
KZ membelek beg duit..MasyaAllah..ye lah duit akak lah!
"Saya nampak kat gerai kuih lepas kakak pergi", jelasnya.
Beberapa peniaga di situ memuji-muji kejujuran lelaki itu, lantas dia menjawab,"Sekarang ni jer aku baik, kalau dulu2 memang dah masuk poket aku dah!"
Menggeletar juga tangan KZ menerima wang tersebut. RM50 tu...mau menangis kalau hilang macam tu jer. Setelah mengucapkan terima kasih, KZ meneruskan misi membeli belah pagi itu sambil diminda teringat si anak kucing yg comot tadi. KZ percaya apa yg berlaku ada kaitan dengan makhluk Allah itu.
Kebaikan yg KZ lakukan sangat-sangat kecil..besar kuman jer...sekadar mengangkat seekor anak kucing! Tapi Allah telah membantu KZ melalui lelaki tadi.Sesungguhnya Allah amat menyukai kebaikan-kebaikan kecil seperti ini. Pernah dengar cerita seorang alim dan seekor lalat? Tak pernah dengar..nanti KZ ceritakan di lain entri.
Ketika mahu pulang, anak kucing itu telah tiada di tempat KZ meletaknya. Entah ke mana dia merayap. KZ tak rasa hidupnya lama kerana pada usia itu dia amat2 memerlukan ibunya. Orang yg membuangnya memang kejam. Kalau nak buang pun, buanglah dengan ibunya Ibunya juga tentu tercari-cari kelibat anaknya.
Salam semanis coklat,

8 comments :
Izan..
kita lihat anak kucing memang terasa belasnya kan?
kena yang kita suka warnanya macam hitam gelap ker... memang bawak balik rumah...
betul tu kak Zan, kt mane2 je kalau kite tlong org, in shaa Allah kejap/ lambat satu hari kite akn dpt pertolongan daripadaNya
betul kak..jangan ragu ragu bila nak buat kebaikan..rezeki dan balasan dari Allah kadang2 datang dari sudut yg kita tak sangka2..
Janji Allah itu pasti, setiap amalan pasti ada ganjarannya. lambat atau cepat..
btul tu kak zan. Walaupun cik Que ni bkn muslim, tpi hati cik Que percaye sume kebaikan akn dibls dgn kebaikkan. LAgipun, dulu cik Que pun ade jugak selamatkan kucing yg hampir dilenyek kreta, selamatkan kucing drpda dimkn anjing,.
setiap kebaikan walau pun sebesar zara adalah amat bermakna..
singgah follow KZ #74...
sukanya coklat..:)
IM juga pernah mengalami seperti itu. sebab itu IM selalu pesan pada anak-anak IM supaya berbuat baik pada orang lain. InsyaAllah, Tuhan akan balas kalau tidak kepada kita, kepada anak cucu kita nanti!
Sesuatu kebaikan tu mungkin kecil di mata kita tp besar nilainya di sisi Allah..
Post a Comment