Thursday, 29 November 2012

Dan Airmata Itu Tak Mampu Kutahan....

SEDANG asyik melayan fb, KZ terbaca kisah ini di dinding fb seorang rakan yg bertugas sebagai pendidik di Ipoh. KZ kongsikan di sini untuk tatapan semua rakan-rakan.
    Inilah kisahnya (sediakan tisu atau sapu tangan).....

      Saya mengajar di sebuah sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya K.L.Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.


      Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya, dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dgn keadaan pakaiannya tetapi kesabaran saya tercabar dgn sikapnya yg setiap hari datang lambat.

     Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata, kecuali anggukan yg seolah-olah dipaksa.

     Kali kedua, saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokan harinya. Kali ketiga saya terpaksa menunaikan janji saya memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.

     Airmata saja yg jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya, Keesokannya dia masih lambat dan saya memukulnya lagi. Namun dia tetap datang lambat.

     Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapat alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan, tidak jauh dari sekolah. 

     Keadaan rumahnya sangat daif. Saya melihat dia berdiri di hadapan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita, mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

     Lebih kurang pukul 1.30, seorang anak lelaki berlari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka pakaiannya. Sampai di depan rumah, dia menyerahkan baju dan kasutnya kepada anak murid saya yg terus bergegas memakainya.

     Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dgn penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu dengan mata bergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu ke rumah kamu dan memerhatika kamu dari jauh. Siapa yg berlari memberikan kamu baju tadi?"

     Dia terkejut dan wajahnya berubah."Itu abang saya.Kami berkongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yg kami ada. Maafkan saya cikgu",jawabnya.

     "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu memukul kamu?"

     "Mak pesan, jgn meminta-minta pada orang. Jgn ceritakan kemiskinan kami pada orang. Kalau cikgu nak pukul, serahkan saja punggung kamu"

     Sambil menahan airmata yg mula bergugurn, saya memeluk anak itu."Maafkan cikgu". Kejadian tersebut menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yg mampu.

Salam semanis coklat,

12 comments :

nurhuda said...

kesiannyee ..

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun ada baca tentang ini. Memang menyedihkan dan terharu dlm kehidupan anak-anak kita yg mewah masih terselit kisah begini.

Unknown said...

pernah juga baca kisah ni...
tak menitis airmata tapi sebaknya bila baca...

Umialya said...

sebak..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

menitis air mate bace ni,,,

Unknown said...

sebak bace..

OKje said...

Pernah terbaca kisah ni...memang sedih!!!

Salmi said...

Pernah beberapa kali baca kisah ni namun setiap kali baca airmata tetap gugur.
Di mana2 ada org susah namun tak sangka ada yg sedaif ini. Moga mcm2 bantuan yg diberikan sekarang dpt meringankan beban mereka.

haryati said...

sedihnye....

bergenang jugak air mata ni pas baca entry ni...

azieazah said...

Kak Izannnn...! sedih! tapi tisu takda, lap dengan baju. See, kita guna baju utk lap airmata, sedangkan budak tu tak cukup baju utk pegi sekolah. Cedihhhh!

Chik Att said...

Bila menjadi seorg guru ....mcm2 ceritaa kemiskinan dan kehidupan yg kita dpt lihat. Sandiwara2 dan pelbagai ......
Kadang2 .....kita beiya menyumbang pd org luar ...tp rakyat kita masih ramaai yg kais pagi makan pagi ...

insan marhaen said...

Teringat kisah sahabat nabi yang berkonsi kain dengan isterinya untuk bersembahyang.

Akhirnya Nabi doakan kesenangan buat sahabat itu!