Monday, 29 October 2012

Cerita Raya Qurban

SUDAH beberapa hari KZ tidak bersiaran. Rindu sungguh rasanya pada celoteh dan cerita teman2 sume. KZ balik kampung, merayakan sambutan Hari Raya Qurban, memang tak berkesempatan nak membuka cik lappy ni.
     KZ sampai di Batu Kawan malam tadi, dalam pukul 10.00. Nasib baik hi-way menuju utara tidak sesak macam yg menghala ke selatan. KZ tengok hi-way ke selatan, traffik hampir tak bergerak, memang jem giler!!
      Hari raya pertama KZ ada di kampung KZ, di Tk Intan, Perak. Ada sesiapa berasal dari sana? Cuma 2 org adik lelaki KZ saja yg beraya di sebelah kampung isteri (Kelantan dan Johor), yg  5 adik KZ semua beraya di Perak.
     Paling happy raya ni, adik bongsu KZ lah..huiii..abah belikan dia VIVA! Brand new tau bukan 2nd hand. Sebenarnya agak lama juga abah tempah kereta tu tapi disebabkan umur abah yg dah banyakkk, ada sedikit masalah. 'Kedai' kereta tu macam tak caya pulak abah mampu, tapi bila bank tengok akaun abah..segala2nya beres! Oh ya..adik KZ tu masih belajar di UKM. Cakap dengan dia, KZ dulu, basikal pun abah tak belikan! Tapi yg kelakarnya, abah tak bagi dia bawa balik Viva tu, sampai dia percaya si bongsu tu boleh drive dengan baik..hahaha.
     Semalam juga KZ meraikan hari bahagia seorang kenalan di Ipoh. Allah menemukan dia dengan jodohnya pada usia yg sangat lewat. Teman2 seusianya sudah ada yg menimang cucu, tapi dia baru merasa memakai baju pengantin! Itulah namanya ketentuan Allah. Semoga dia menikmati kebahagiaan berumahtangga, apatah lagi suaminya seorang yg agak warak.
   Nampaknya hari ini KZ akan sibuk jadi tukang dobi..di kampung tak sempat nak membasuh pakaian..sibuk melapah lembu (duduk kat tepi org melapah jer!)..sibuk masak daging kurban (adik2 memang suka air tangan KZ, memang tak berbaki daging masak kicap tu!) dan sibuk makan daging (tak berani nak naik atas penimbang!).

Salam semanis coklat,
 

4 comments :

Irfa said...

SALAM AIDIL ADHA KAK ZAN ;)
tajuk entri kita samalah..pembuka kata pun sama je.hehe

wah seronoknya jadi adik kak zan tu.ayah belikan keta lagi..rezki dia
tp saya pun perasan nasib adik2 mmg lebih bertuah berbanding anak2 yang sebelum ni.mgkin zaman kita dulu mak ayah belum kaya mcm sekarang

Irfa said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Ma said...

wah...best la ayah belikan kete...^_^

salam aidiladha kak ^_^

Unknown said...

rasa rasanya saya pun da bertambah berat balik kali ni..makan je kerja nya..

salam aidiladha kak..