Tuesday, 20 November 2012

Peace No War


  • Norhaizan Hakim Apa yg hang pa meluat tu? Sebab aku pun tak nengok!
  • Raja Nur Asyura meluat ngan politik kat malaysia ni....xhabih2 nak gadoh..kene bom nnt baru tau...
  • Aiza Nur Hashim Sebab banyak yang dia laporkan tu sebenarnya tak betul... ramai orang dah tahu perkara sebenar.
  • Aiza Nur Hashim Perkara yang benar di sorok, perkara yang tipu atau tidak jelas di perbesarkan. Aku dah banyak hari tak tengok TV3, kisah GAZA banyak baca di internet. TV banyak tengok bola aje... kalau berita TV3, maaflah, aku tak tengok.
  • Norhaizan Hakim Apa yg tak betul...apa perkara sebenar Aiza Nur Hashim!
  • Aiza Nur Hashim Tambah nak pilihanraya ni, tak payah le tengok berita TV3. Siapa yg bergantung pada berita TV3 tu umpama katak bawah tempurung...
  • Raja Nur Asyura marah benor Aiza Nur Hashim....hiihihi
    10 hours ago · Like · 1
  • Aiza Nur Hashim Tak marah, terpulang pada orang untuk menilai, kalau kita menilai situasi politik berdasarkan apa yang di sampaikan oleh TV3 baik kita fikir balik, adakah kita menilai dari sudut yang adil. Kita perlu dengar cerita kedua-dua pihak. Contohnya mcm Nik aziz kata UMNO murtad tu, ada tak dengar penjelasan dari pihak Nik Aziz. Nik Aziz doakan kemusnahan tu, ada tak kita dgr doa yang mcm mana...
    10 hours ago · Like · 1
  • Norhaizan Hakim Aiza Nur Hashim..siapa pun kamu..apa fahaman politik kamu..status kamu..tahap pendidikan kamu..siapa ibubapa kamu..di mana sektor kamu menerima gaji...mendoakan keburukan untuk orang lain???????..tak faham oleh pemkiran kakak yg tidk berpelajaran tinggi ni.
  • Aiza Nur Hashim Kakak tak faham sebab kakak cuma tengok TV3, ada baca penjelasan dari pihak lain, mcm bekas mufti Ustaz Maza :http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=oMNeVX59sv4
  • Aiza Nur Hashim Mendoakan orang yang membuat aniaya kepada kita walaupun sipembuat aniaya itu Islam adalah dibolehkan. Mcm dalam situasi kelantan. Kelantan sepatutnya mendapat royalti sbyk 5% dari hasil petroleum yang di lombong dalam kawasan mereka. Ini suatu perjanjian , orang yg memungkiri janji adalah munafik. Tapi mereka sedap-sedap sedut semua itu dari bumi Kelantan dan menafikan hak rakyat Kelantan, ini penganiayaan namanya. Padahal mereka ini membuat perjanjian semua hasil petroleum yang di dapati dalam kawasan Malaysia petronas boleh ambil dengan syarat @janji memberi 5% dari hasil ini kepada negeri yang diambil petroleumnya, 5% itu banyak , kalau nak bilang unitnya ialah Billion (ribu juta). Oleh kerana dah banyak kali di minta dan di runding, maka rakyat Kelantan berhak mendoakan sipengambil harta mereka ini musnah. Ini semua orang tahu....
  • Aiza Nur Hashim Semua orang tahu TV3 pembohong, dia mempertahankan orang yang mengambil harta orang orang Islam. Dia membuat fitnah kepada Tuan Guru Nik aziz.
  • Aiza Nur Hashim percaya tak kalau hasil 5% petroleum tu di beri kepada rakyat kelantan, anak-anak kelantan akan mendapat pendidikan percuma dari prsekolah hingga ke universiti.
  • Aiza Nur Hashim Kakak aku orang yang pandai, bukan nya tidak berpelajaran. Bahkan adik beradik kita semua berpelajaran.
    9 hours ago · Unlike · 1
  • Azman Akab anak tok sidang tu.......
    8 hours ago · Like · 1
  • Norhaizan Hakim Aiza Nur Hashim..vidoe clip tu kakak dah tengok..berita tv3 jarang temgok,sebab masa tu sibuk siapkan dinner di dapur tapi kakak tetap berpendapat keperibadian seseorang dilihat dari lidahnya. Peace no war and plez pray for Gaza!
    about an hou                   

    DIATAS merupakan perbualan antara KZ dan adik KZ yg merupakan seorang guru










Monday, 19 November 2012

niSah iDham..Jangan Jeles!



Sila tengok...

Salam semanis coklat,


Hati Berbunga-bunga

BARU lepas ber bw...ada juga blog yg tak sempat singgah..petang nanti KZ sambung lagi ya..tunggu tau kedatangan KZ!
    Sebenarnya hati KZ sedang berbunga-bunga sebab ada 2 blog yg link blog KZ pagi-pagi ni. Sebab apa? Untuk mengetahui kisahnya silalah kesini ke sini.
     Okeylah,KZ dah nak start pakai topi chef sebab 12.30 nanti nak ambil Wardina yg menghadiri kelas tambahan di sekolah. Lagipun KZ teringin nak buak kek coklat pulak. Semalam buat satu kek(resepi baru, 1st time cuba) tapi tak menjadi so dah kena humban dalam tong sampah..entah di mana silapnya, KZ pun tak pasti.Yang pasti tak de orang yg hingin makan kek yg macam tu..termasuk tukang masaknya!!

Salam semanis coklat,
 

Siapa Nak Egg McMuffin Percuma!


KAWAN-KAWAN sudah bersarapan? Sarapan KZ hari ini..nasi lemak bungkus kecik, 70 sen jer..dan karipap, saiz comel, 3 ketul...dan  air, cawan kecik, kopi segera...dan tambah susu pekat 1/2 sudu..hehehe (punya ler mengelat..saiz kecik kunun!)
     Tu..tu..kat atas tu..free..sapa nak..angkat tangan..nak kena cubit!! Kita tidak mampu untuk ke sana dan berperang bersama mereka...kewangan yg mampu kita hulurkan juga tidak seberapa (drive pun kancil buruk jer)..marilah kita memboikot produk yg merupakan sumber ekonomi utama Israel.
    Mungkin ada yg berkata..free lah so mereka pun tidak ada keuntungan! Pilihan itu ditangan anda..memang tidak ada keuntungan di situ tapi disebaliknya kita seolah-olah memberi sokongan moral kpd mereka.
    Di fb KZ baca ada pekerja mcD yg resign atas kerelaan hati. Semoga Allah memberkati mereka dan membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk mereka. KZ rasa sangat terharu dengan keperhatinan mereka.
     KZ pun memang rasa dah tak sanggup nak buka fb. Bukan bosan dengan berita2 dari Palestine tapi tak sanggup nak tengok imej kanak2 yg syahid. Bayangkanlah kepala salah seorang kanak2 (dah lupa namanya) robek terkena peluru tentera Israel laknatullah!
     KZ harap mereka tidak mengalah dan takut, sesungguhnya mereka dijanjikan gugur sebagai syuhadah.
Doa kita dari sini untuk mereka..tidak putus-putus!

Salam semanis coklat,
 

Saturday, 17 November 2012

Segmen pendek: Nak masuk bloglist miss z

klik sini untuk join
Jom kita ramai2 meriahkan segmen miss z yg cute ni.

salam semanis coklat,

Ini Entri Menyampah...

ADA sesaper rindu kat Kak Zan tak? 
    Tak der....dah agak T__T.
Dah s KZeminggu KZ tak jejak kaki kat blog ni..lepas entri merajuk tu..ingat tak? Eh..tapi bukan sebab merajuk tu KZ tak mahu bersiaran lagi. KZ merajuk tak lama...buang masa jer..bukan ada yg heran pun.
     Entah mengapa KZ inginkan time break..mula2 ingat sehari dua tapi entah kenapa langsung berpanjangan sampai seminggu. Ada juga jengah blog2 kengkawan as a silent reader jer...kut ada n3 yg best baru letak komen.
    Tadi berbalas komen dengan GH di dinding muka buku..rasanya bukan KZ dan GH jer yg bersituasi cam tu..ramai...malas nak citer kan..bikin stress !
    Entah kenapa tahap keboringan KZ makin serius pulak sehari dua ni..

    Rasa nak baring atas katil dan membuta...nak masak pun tak der mood! Keluar jalan2 ? Ini ler yg KZ citer kat GH tadi.. 
Masa bercinta dulu..wahhh..tak payah ajak..dia yg volunteer bawa kita ronda2 town..window shopping..tengok wayang..makan-makan..Dah ada anak 5..perrgghhh..macam2 alasan dia bagi  alasan tu pulak memang menyakitkan hati..tambah sakit hati bila tiba2 dia menyemart dan start enjin kereta selepas dia baca mesej kat hanpon...amboiiiii...kalau kawan yg ajak, laju pulak...memang MENYAMPAH tahap gaban!!!!!
   Ehhh...KZ bukan ler berniat nak mengaibkan laki sendiri...sekadar meluahkan perasaan yg terpendam. Buat encik suami yg membaca tulisan KZ ni...mengertilah..isteri tu bukan minta dipetikkan bulan dan bintang..kami cuma minta sedikitttt perhatian. Kalau zaman bercinta dulu boleh, kenapa sekarang tidak!
     KZ rasa cukuplah sampai di sini. Kalau diteruskan lagi mau ada yg menyampah membacanya.

Salam semanis coklat,